projekmmoPendapat

Lantik Halimah langkah progresif — Rodziah Ismail

13 SEPTEMBER — Saya ingin merakam ucapan tahniah kepada bekas speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob yang dilantik sebagai presiden wanita pertama Singapura.

Halimah yang berusia 62 tahun diangkat menjadi presiden Singapura yang kelapan dan merupakan wanita pertama yang memegang jawatan itu di republik itu.

Sebagai negara jiran, Singapura sememangnya dihormati dan dipandang tinggi oleh seluruh dunia kerana indeks kadar jenayah dan rasuah yang rendah. 

Pelantikan Halimah ini merupakan satu sumber daya manusia yang harus dimanfaatkan dengan baik untuk kepentingan negara tersebut tanpa membezakan agama dan yang terpenting mampu untuk menjaga kepentingan bersama.

Saya mengucapkan tahniah kepada Singapura atas langkah progresif ini dan syabas sekali lagi diucapkan kepada Halimah dan saya percaya beliau mampu memikul tanggungjawab besar ini.

Negara Singapura dilihat lebih bersedia menerima seseorang pemimpin atas dasar "kemampuan" tanpa melihat gender dan bangsa.

* Rodziah Ismail adalah wakil rakyat PKR bagi DUN Batu Tiga

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat peribadi Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV