projekmmoPendapat

Kami bangga Halimah presiden Singapura — Salahuddin Ayub

13 SEPTEMBER — Parti Amanah Negara (Amanah) mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob yang telah dilantik secara rasmi sebagai presiden Singapura.

Amanah turut menumpang bangga di atas pelantikan beliau yang juga merupakan wanita dan Melayu Islam pertama dilantik ke jawatan itu.

Amanah menganggap bahawa pelantikan itu bukan sekadar mengisi kuota dan secara kebetulan sebagai seorang Melayu Islam tetapi lebih daripada itu adalah suatu keyakiann yang terbina atas sebuah perjuangan yang dilalui orang Melayu Singapura yang kini muncul dengan cemerlang dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan Melayu itu sendiri.

Bagi Amanah, selayaknya beliau menerima pengiktirafan sebagai mewakili Melayu Singapura abad ini.

Kita berharap dengan imej Melayu Islam dan bertudung ini bukan sekadar mengangkat Melayu Singapura tetapi juga boleh mewakili kelompok Melayu di rantau Nusantara yang sering kali dipandang serong khususnya oleh pihak Barat.

* Salahuddin Ayub ialah timbalan presiden Parti Amanah Negara.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat peribadi Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV