projekmmoCari Makan

Dari Sarawak, aiskrim gula apong kini di KL

Aiskrim gula apong yang menjadi kegemaran ramai di Kuching kini dijual di Kampung Baru, Kuala Lumpur. — Foto-foto ihsan DP Ice Cream Gula ApongAiskrim gula apong yang menjadi kegemaran ramai di Kuching kini dijual di Kampung Baru, Kuala Lumpur. — Foto-foto ihsan DP Ice Cream Gula ApongKUALA LUMPUR, 15 Feb — Sekiranya berkunjung ke Kuching, aiskrim gula apong mesti menjadi makanan menarik yang wajib anda cuba.

Namun kini anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana ia boleh didapati di DP Ice Cream Gula Apong, Kampung Baru.

Kedai kecil milik Masitah Paruwadi, 30, di tepi Hospital Pakar Al Islam sudah beroperasi sejak Mei 2017.

“Ia adalah cawangan pertama di luar Sarawak,” katanya kepada ProjekMMO.

“Kami ingin memperkenalkan aiskrim gula apong di Kuala Lumpur dan alhamdulillah sambutan agak menggalakkan.”

Aiskrim gula apong dengan perisa teh hijau menarik perhatian pelanggan ke gerai DP Ice Cream Gula Apong. Aiskrim gula apong dengan perisa teh hijau menarik perhatian pelanggan ke gerai DP Ice Cream Gula Apong. Berbeza daripada gula biasa, gula apong terhasil daripada nira pokok nipah atau dikenali sebagai pokok apong oleh penduduk Sarawak.

Di kedai ini, pelanggan boleh mencuba aiskrim gula apong biasa atau ditambah hiasan Oreo, kacang, Nestum dan emping jagung.

Pada waktu tertentu pula, misalnya di hari minggu, mereka juga menyediakan perisa istimewa seperti aiskrim gula apong teh hijau.

Harga satu kon biasa aiskrim gula apong RM2, cawan kecil RM3 dan cawan besar RM6. Tambahan di atas tidak dikenakan sebarang caj.

Masni Paruwadi (kanan), adik Masitah, melayan pelanggan di kedai aiskrimnya di Kuching dalam foto April 2016. ― Foto BernamaMasni Paruwadi (kanan), adik Masitah, melayan pelanggan di kedai aiskrimnya di Kuching dalam foto April 2016. ― Foto Bernama“Secara keseluruhannya, kami berjaya menjual 250 hingga 300 cawan sehari,” kata Masitah, juga dikenali sebagai Zaza.

Terletak di 57B-4, Jalan Daud, kedai DP Ice Cream Gula Apong dibuka setiap hari dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Ia terletak hanya 60 meter dari Masjid Jamek Kampung Baru dan berdekatan Ayam Bakar Wong Solo.

Bermula dengan modal RM14,000 untuk memulakan perniagaan di Kuching, syarikat Masitah merancang membuka cawangan baru di Sungai Buloh.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan aiskrim di DP Ice Cream Gula Apong, Kampung Baru. Orang ramai beratur untuk mendapatkan aiskrim di DP Ice Cream Gula Apong, Kampung Baru. DP Ice Cream Gula Apong memiliki lapan cawangan di Sarawak, antaranya di Uptown Civic Center (Kuching), Junrong Sukma (Petrajaya) dan Tabuan Park.

Cawangan lain termasuklah di Kapit Hotel (Jalan Padungan, Kapit), Junrong Sukma (Petrajaya) dan Taz Kolej (Universiti Malaysia Sarawak).

Turut menyediakan khidmat katering, syarikat ini boleh disemak melalui Facebook DP Ice Cream Gula Apong atau hubungi 016 878 0888.

Lagi Video di MMOTV