projekmmoCari Makan

Tuah siput mentarang bakar, rezeki Faridah

Siput mentarang yang sedang dibakar membuka sumber rezeki buat pengusaha restoran Faridah Mentarang Bakar dan suaminya di Sekinchan, Selangor. — Foto-foto oleh Miera ZulyanaSiput mentarang yang sedang dibakar membuka sumber rezeki buat pengusaha restoran Faridah Mentarang Bakar dan suaminya di Sekinchan, Selangor. — Foto-foto oleh Miera Zulyana

SABAK BERNAM, 8 Nov — Jalan utama Kuala Selangor hingga ke Sabak Bernam, Selangor sememangnya terkenal dengan syurga makanan laut.

Jika melintasi kawasan Sungai Leman, Sekinchan dekat sini, anda akan melihat banyak gerai menjual siput mentarang mentah di sepanjang tepi jalan.

Namun satu restoran ini menjadi bualan penggemar makanan laut: Faridah Mentarang Bakar. Jika anda mencari “mentarang” di Google, nama restoran ini terus muncul di atas.

Pemiliknya Faridah Abdul Rahman, 50, antara pelopor mentarang bakar di situ sejak 2010.

Mengimbas kembali awal perniagaan, beliau tidak menyangka pertemuannya dengan pelanggan, seorang anggota polis dari Melaka, membawa tuah buatnya.

Faridah Abdul Rahman membuka isi mentarang, yang putih dan lembut, siput yang membawa tuah kepadanya sejak 2010. Faridah Abdul Rahman membuka isi mentarang, yang putih dan lembut, siput yang membawa tuah kepadanya sejak 2010. “Pada mulanya saya seperti peniaga lain yang menjual mentarang dan pisang goreng di tepi jalan,” katanya kepada ProjekMMO hujung bulan lalu.

“Tidak ramai yang membeli mentarang ketika itu kerana mereka tidak tahu cara memasak dan memakannya. Kuih pisang pun kadang kala sehari dapat jual RM1 sahaja.

“Kebetulan pada satu hari seorang anggota polis datang menegur dan bertanya: “Makcik, kenapa tidak masak saja mentarang ini?

“[Katanya] ‘Di tempat saya di Melaka semua makanan laut dimasak bukan dijual dengan mentah-mentah. Buatlah apa saja, rebus atau bakar, asalkan masak, baru orang beli’.”

“Cadangan itu membuatkan saya terfikir dan apabila pertama kali dijual secara bakar, saya tidak sangka hari itu berderet kereta berhenti di tepi jalan untuk membeli di gerai saya.”

Selain dibakar (kanan, atas), mentarang juga boleh disaji sebagai sup (kiri) dan digoreng bertepung (kanan, bawah).Selain dibakar (kanan, atas), mentarang juga boleh disaji sebagai sup (kiri) dan digoreng bertepung (kanan, bawah).Sejak itu perniagaannya bersama suami Sazali Zainal, 58, laris dan kini beliau berbangga dapat membuka restoran sendiri yang memuatkan sehingga 300 pelanggan pada satu-satu masa.

Tidak seperti kerang, kepah, atau lokan, kulit mentarang lebih nipis, isinya lembut berwarna putih, serta rasanya lebih manis jika dibandingkan dengan hidupan bercengkerang yang lain.

Dikategorikan sebagai makanan eksotik, siput mentarang boleh ditemui di pantai berselut seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya dapat dikutip semasa air surut.

Nama sainsnya Pholas orientalis, walau kurang popular di Malaysia, siput ini dimakan di beberapa negara dengan kepercayaan ia dapat merangsang selera seks atau aphrodisiac.

Selain bakar, mentarang di restoran Faridah boleh dimasak sup, lemak cili api, tumis cili api, kari, rebus, goreng tepung dan goreng kunyit.

Sazali Zainal sedang membakar mentarang di restorannya. Kelihatan tergantung beberapa ekor belangkas, satu lagi makanan laut eksotik yang dijual di situ.Sazali Zainal sedang membakar mentarang di restorannya. Kelihatan tergantung beberapa ekor belangkas, satu lagi makanan laut eksotik yang dijual di situ.Bagi mentarang bakar, harga yang ditawarkan RM18 untuk 500 gram dan mentarang yang dimasak berharga RM20 untuk berat yang sama.

“Saiz mentarang bergantung kepada air pasang surut. Ada musim kami mendapat mentarang yang panjangnya sama dengan tapak tangan, ada juga musim saiz mentarang hanya sebesar jari kelingking,” ceritanya lagi.

Berdepan bekalan tidak menentu dan faktor air pasang, Faridah membuat kolam tiruan sementara untuk memastikan rasa masakan mentarang sentiasa segar.

“Bila tiba musim bulan penuh, bekalan menjadi kurang. Jadi kami perlu menyimpannya dalam peti sejuk beku atau membelanya untuk beberapa hari bagi memastikan bekalan masakan sentiasa ada untuk pelanggan.

“Kami pernah rugi kerana kekurangan bekalan dan mentarang tidak segar untuk dimasak kerana disimpan terlalu lama,” katanya.

Mentarang goreng bercelup tepung enak dimakan dengan pencicah pedas. Mentarang goreng bercelup tepung enak dimakan dengan pencicah pedas. Selain mentarang, menu istimewa lain termasuklah telur belangkas, ikan haruan, belut, ikan sembilang, udang galah, lokan bakar, pepahat, kepah, kupang, lala, dan kerang.

Ia dimasak lemak cili api, digoreng, dibuat asam pedas, dibakar serta ditumis.

“Tukang masak kami semuanya wanita yang berumur antara 50 hingga 60 tahun. Kami mahu mengekalkan keaslian masakan air tangan ibu.

“Jadi sebab itu restoran kami hanya dibuka seawal jam 9 pagi hingga 7.30 malam. Malam waktu untuk kami dan pekerja berehat,” katanya.

Ruang restoran Faridah Mentarang Bakar di tepi jalan utama di Sekinchan boleh memuatkan 300 pengunjung serentak.Ruang restoran Faridah Mentarang Bakar di tepi jalan utama di Sekinchan boleh memuatkan 300 pengunjung serentak.Restoran Faridah dibuka setiap hari kecuali Isnin. Tempahan untuk majlis dikenakan caj RM30 seorang (lebih 50 orang) dan RM35 sekepala (kurang 50 orang).

Jika anda memandu dari arah Kuala Selangor, restoran Faridah terletak di kiri bahu jalan utama ke Sabak Bernam, di Batu 47 ¾ Sungai Leman, Sekinchan.

Anda juga boleh melayari laman Facebook: Faridah Mentarang Bakar Sekinchan. Boleh juga hubungi 019 33 55 382 atau 016 69 65 982 untuk membuat tempahan.

Lagi Video di MMOTV