projekmmoCari Makan

Sambutan hangat, putu piring inti coklat, beri biru

Putu piring berinti coklat yang dijual di gerai Putu Piring Abah di Kampung Bukit Kadir, Nilai. — Foto-foto ihsan Facebook/Putu Piring Abah Putu piring berinti coklat yang dijual di gerai Putu Piring Abah di Kampung Bukit Kadir, Nilai. — Foto-foto ihsan Facebook/Putu Piring Abah KUALA LUMPUR, 13 Feb — Putu piring sejenis kuih ringkas yang diperbuat daripada tepung beras yang berintikan gula Melaka.

Di Nilai, lebih tepat di Kampung Bukit Kadir, sebuah gerai membuat inovasi dengan menyediakan putu piring berintikan coklat.

Gerai Putu Piring Abah milik Muhammad Nizam Md Rashid, 30, dan isterinya Salmi Hafiza Abd Halim, 30, sudah beroperasi sejak September 2014.

“Biasanya kalau cakap putu piring, orang akan kata ia makanan orang tua.

Putu piring berinti kaya (kiri) dan Putu piring berinti coklat sedang dimasak di gerai Putu Piring Abah.Putu piring berinti kaya (kiri) dan Putu piring berinti coklat sedang dimasak di gerai Putu Piring Abah.“Jadi bagi menjadikan kuih tradisional ini lebih dikenali ramai, kami buat pembaharuan dengan menyediakan inti baru seperti coklat.

“Alhamdulillah dapat sambutan,” katanya kepada ProjekMMO minggu lepas.

Putu piring coklat menjadi kegemaran kanak-kanak dan remaja. Dengan penambahan coklat, ia menjadikan putu piring lebih enak.

Putu piring coklat menjadi hidangan kedua laris selepas putu piring biasa.

“Sekarang kami berjaya menjual 750 keping putu piring setiap hari  dan lebih 1,000 keping pada hari minggu,” katanya.

Muhammad Nizam Md Rashid (tiga, kiri) dan isteri Salmi Hafiza (empat, kiri) bersama pekerja Putu Piring Abah.Muhammad Nizam Md Rashid (tiga, kiri) dan isteri Salmi Hafiza (empat, kiri) bersama pekerja Putu Piring Abah.Harga putu piring coklat RM4 bagi lima keping, putu piring biasa RM3 lima keping dan putu piring berinti kaya RM4 lima keping. 

Terdapat juga putu piring berinti beri biru coklat dengan harga RM4.50 bagi lima keping dan yang berinti kelapa manis RM4 lima keping.

Terletak di Jalan BBN5/4A, gerainya dibuka setiap hari dari 12.30 tengah hari hingga 6.30 petang. Ia ditutup pada Jumaat.

Selain berinti coklat, kaya dan beri biru, putu piring berinti mangga turut dijual di gerai Putu Piring Abah. Selain berinti coklat, kaya dan beri biru, putu piring berinti mangga turut dijual di gerai Putu Piring Abah. Mereka turut menyediakan latihan dan tawaran peralatan untuk usahawan muda yang minat berniaga putu piring.

Gerai Putu Piring Abah terletak hanya 130 meter dari Pasar Awam Bandar Baru Nilai dan berdekatan Nasi Bungkus MOK.

Boleh semak Facebook: Putu Piring Abah atau hubungi 017 204 1898 jika ada sebarang pertanyaan.

Lagi Video di MMOTV