projekmmoCari Makan

Roti canai kuah lada hitam, unik di Langkawi

Roti canai biasa yang dilipat dua, di dalamnya dimasukkan bawang, salad dan sos cili. Kuahnya pula lada hitam dan dihias mayonis di atasnya. — Foto ihsan Facebook/Sharifah Noorain Syed Omar  Roti canai biasa yang dilipat dua, di dalamnya dimasukkan bawang, salad dan sos cili. Kuahnya pula lada hitam dan dihias mayonis di atasnya. — Foto ihsan Facebook/Sharifah Noorain Syed Omar KUALA LUMPUR, 7 Feb — Roti canai dengan kuah dal, kari dan sambal sudah menjadi hidangan lazim untuk bersarapan atau makan petang. 

Tahukah anda di Langkawi terdapat kedai yang menjual roti canai luar biasa, kuahnya diperbuat daripada lada hitam dan ada isi di tengah lipatannya.

Restoran Che Nah Roti Canai Black Pepper milik Rasenah Ibrahim, 50, beroperasi sejak 2010 lagi di Kampung Temonyong. 

“Saya dapat idea hasil perbincangan dengan kawan-kawan dan mahu mencuba resipi baru bagi menarik pelanggan.

“Itu yang jadi roti canai lada hitam. Saya tidak sangka pula tiba-tiba tular,” kata bekas tukang masak sebuah hotel di Langkawi.

Rasenah Ibrahim sedang menebar roti canai bersama penulis blog makanan Rhys William (dua, kiri), personaliti TV9 Aina Suzaily (tiga, kiri) dan pekerja-pekerja Roti Canai Black Pepper. — Foto ihsan Facebook/Hidayah AizatRasenah Ibrahim sedang menebar roti canai bersama penulis blog makanan Rhys William (dua, kiri), personaliti TV9 Aina Suzaily (tiga, kiri) dan pekerja-pekerja Roti Canai Black Pepper. — Foto ihsan Facebook/Hidayah AizatSajian uniknya itu adalah roti canai biasa yang dilipat dua tetapi di dalamnya dimasukkan bawang, salad dan sos cili. 

Manakala bahagian luar diletakkan mayonis dan kuah lada hitam banjir.

Harga bagi roti canai lada hitam biasa RM4, ayam RM6, daging RM6, ayam daging RM7 dan ayam kambing RM8.

Kedainya dibuka 7 pagi hingga 12 tengah hari setiap hari di Jalan Kedawang, Kampung Lubok Buaya, pasar mini Temoyong dan Submarine Beach Cafe.

Boleh cari Che Nah Restaurant Roti Canai Black Pepper di peta Google.

Untuk senarai menu dan harga, boleh semak Facebook: Roti Canai Black Pepper atau hubungi 016 474 7174 atau 017 487 8418 jika ada pertanyaan.

Lagi Video di MMOTV