projekmmoCari Makan

Rahmad Mega jual keropok lekor perisa keju, kari

Penyanyi popular era 1990-an, Rahmad Mega, kini berniaga keropok lekor pelbagai perisa, termasuk kari, tandori dan keju. ― Foto ihsan Facebook/Rahmad Mega Penyanyi popular era 1990-an, Rahmad Mega, kini berniaga keropok lekor pelbagai perisa, termasuk kari, tandori dan keju. ― Foto ihsan Facebook/Rahmad Mega KUALA LUMPUR, 11 Okt ― Bekas vokalis kumpulan Mega sibuk menjalankan perniagaaan keropok lekor pelbagai perisa, termasuk kari dan keju. 

Rahmad Tohak, 48, menjamin keaslian dan keenakannya kerana ia dikeluarkan di kilang di Dungun sejak dua tahun lalu, lapor Utusan Online.

“Bawah jenama Premier Leko, terdapat beberapa variasi perisa dihasilkan iaitu asli, kari, keju, lada hitam dan tandori,” kata finalis Gegar Vaganza itu. 

“Jadi, saya berani jamin akan keaslian dan keenakan rasanya kerana warga tempatan yang menghasilkannya.” 

Rahmad mengusahakan bisnesnya di The Place, Damansara Perdana dekat sini. Bekalan boleh dibeli runcit atau pukal, tambahnya yang masih aktif menyanyi.

Lagi Video di MMOTV