projekmmoCari Makan

Pagi lontong Majidee, Ronnie suka lobster

Penyanyi Ronnie Hussein sangat menggemari udang karang. — Foto ihsan Instagram/Ronnie Hussein Penyanyi Ronnie Hussein sangat menggemari udang karang. — Foto ihsan Instagram/Ronnie Hussein SHAH ALAM, 4 Dis — Masih mendapat tempat dalam industri hiburan, penyanyi Ronnie Hussein bukan nama baharu yang perlu diperkenalkan.

Penyanyi “Bintang Kehidupan” pernah berduet bersama Yanti pada 2006. Selain menyertai kumpulan Sunday pada 2000, beliau juga bekas vokalis Hyper Act.

Berasal dari Johor Baru, Ronnie, 38, teruja memperkenalkan lokasi restoran yang menghidangkan makanan enak pilihannya.

“Saya suka bersarapan lontong di depan Masjid Kampung Melayu Majidee. Lokasinya di simpang empat lampu isyarat di sebelah kiri.

Lontong di Mak Jah Cafe di Ampang, Selangor. Ronnie Hussein lebih suka lontong dekat masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Baru. — Foto ihsan Instagram/FrifhanLontong di Mak Jah Cafe di Ampang, Selangor. Ronnie Hussein lebih suka lontong dekat masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Baru. — Foto ihsan Instagram/Frifhan“Sebelah pagi juga dihidangkan sate. Sebelah petang ada dihidangkan air batu campur yang cukup popular,” katanya kepada ProjekMMO.

“Sebelum ini kedai tersebut di kawasan pasar Majidee tetapi apabila pasar itu dirobohkan, mereka terpaksa berpindah ke tempat lain."

Selain itu, Ronnie yang mengusahakan restoran Ibunda Seafood lebih gemar memasak makan malam sendiri untuk dihidangkan kepada ahli keluarga.

Restoran itu yang sudah dibuka lebih 10 tahun terletak di Sri Skudai, Johor Baru dan pengunjung berpeluang merasa air tangannya jika ke sana.

Sebahagian pengunjung, yang juga kenalan penyanyi Ronnie Hussein, ke Ibunda Seafood di Taman Sri Skudai, Johor Baru. — Foto ihsan Instagram/Ronnie HusseinSebahagian pengunjung, yang juga kenalan penyanyi Ronnie Hussein, ke Ibunda Seafood di Taman Sri Skudai, Johor Baru. — Foto ihsan Instagram/Ronnie Hussein“Saya makan di kedai sendiri. Kadang-kadang bila saya teringin nak makan sesuatu yang orang tidak masak, saya boleh masak sendiri.

“Saya suka masak ayam berlada. Kadang-kadang saya masak udang karang (lobster). Saya pula jenis yang suka memancing.

“Apabila malam tiada aktiviti, saya suka memancing di kolam udang dan masak sekali.

“Kalau saya balik ke Johor, ahli keluarga akan meminta menu yang sedap untuk saya masak,” katanya.

Lagi Video di MMOTV