projekmmoCari Makan

Otak-otak, satar Che Wan digemari selebriti

Satar, campuran ikan dan rencah, dalam bentuk kon daun pisang dan kemudia dicucuk dengan logam setelah selesai dipanggang. ― Foto ihsan Facebook/Warung Otak-otak Che WanSatar, campuran ikan dan rencah, dalam bentuk kon daun pisang dan kemudia dicucuk dengan logam setelah selesai dipanggang. ― Foto ihsan Facebook/Warung Otak-otak Che WanKUALA LUMPUR, 5 Dis ― Keenakan otak-otak dan satar resipi turun-temurun keluarga warung Che Wan di Kemaman mendapat perhatian ramai.

Bukan hanya penduduk sekitar tetapi selebriti ternama turut mengecapi kelazatan otak-otak dan satar air tangan Che Wan Sainah Che Wan Aziz.

Warung yang terletak di Jalan Kuala Kemaman-Geliga, Chukai ini tidak putus-putus menerima pelanggan sejak ia diambil alih daripada ibunya pada 1998.

“Rempah ratus itu saya memang buat sendiri, digiling. Ramuannya diwarisi kepada saya, generasi ketiga,” kata pengusaha itu kepada ProjekMMO.

Penceramah popular, ustaz Azhar Idrus, singgah di warung Che Wan Sainah seperti foto yang dimuatkan pada 17 November 2017. Penceramah popular, ustaz Azhar Idrus, singgah di warung Che Wan Sainah seperti foto yang dimuatkan pada 17 November 2017. Che Wan Sainah berkata, di luar musim hujan hujung bulan lalu, beliau mampu menjual lebih 2,000 satar ikan kerisi sehari seperti hari-hari biasa.

Sementara otak-otak, yang diperbuat daripada ikan tenggiri, pula mampu dijual

1,000 keping, mengambil kira faktor bekalan ikan pada musim tengkujuh kini.

Kerana sudah popular, perniagaannya berjalan OK walau faktor cuaca dan juga Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang mempengaruhi laluan pengunjung.

Harga otak-otak dan satar (tenggiri) dijual RM14 sepasang. Otak-otak dan satar (ikan biasa) RM11 sepasang. Pais ikan pula RM6 sepinggan.

Pelanggan boleh membuat pilihan makanan tradisi Terengganu, seperti pais dan satar, dengan harga yang jelas tertera. Pelanggan boleh membuat pilihan makanan tradisi Terengganu, seperti pais dan satar, dengan harga yang jelas tertera. Otak-otak isi tenggiri sepinggan dijual RM10 dan ikan biasa RM7 sepinggan. Senarai harga terpampang dengan jelas di Warung Otak-Otak Che Wan.

Turut menjual keropok goreng dan pulut mangga, Che Wan Sainah yang berasal dari Kemaman membuka warungnya setiap hari dari 11 pagi hingga 6.30 petang.

Jika kena pada harinya, orang ramai sanggup berbaris. Bahkan beberapa selebriti pernah merasai otak-otak dan satar air tangannya.

Mereka yang menikmati masakan tradisi Terengganu itu termasuklah ustaz popular Azhar Idrus, penyanyi Aiman Tino, pelakon Janna Nick dan Fattah Amin.

Dalam sebulan, warung ini ditutup selama dua hari. Untuk pengunjung baru, boleh semak Facebook mereka: Warung Otak-Otak Che Wan.

Ruang yang luas untuk pelanggan menikmati otak-otak, satar, pais dan pulut panggang gaya masakan Terengganu di warung Che Wan Sainah.Ruang yang luas untuk pelanggan menikmati otak-otak, satar, pais dan pulut panggang gaya masakan Terengganu di warung Che Wan Sainah.

Lagi Video di MMOTV