projekmmoCari Makan

Nasi kandar murah RM3 di Lucky Garden

Nasi, tauge dengan ayam goreng berempah dan kuah kari, semurah RM3, hidangan asas tetapi cukup menyelerakan di Lucky Garden, Bangsar. — Foto-foto oleh Miera ZulyanaNasi, tauge dengan ayam goreng berempah dan kuah kari, semurah RM3, hidangan asas tetapi cukup menyelerakan di Lucky Garden, Bangsar. — Foto-foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 5 Jan — Apabila menyebut Bangsar sudah tentu terbayang tempat tinggal orang kaya yang di kelilingi restoran mewah atau lokasi berhibur.

Siapa sangka di Bangsar juga, lebih tepat Lucky Garden, ada kedai nasi kandar yang bukan saja murah tapi kelazatannya boleh membawa ke alam mimpi.

Di mana boleh kita cari nasi berlauk ayam goreng dan sayur dengan harga RM3? Hampir tidak ada selain di Annuar Kari Kepala Ikan, yang dikenali sejak dulu.

Warung Annuar Zainal Abdin, 58, ini sudah dibuka hampir 30 tahun. Ia terletak di Lorong Ara Kiri 3, di hujung deretan gerai makan di belakang TMC Bangsar.

Pemilik gerai popular Annuar Zainal Abdin sedang menghidang kari kepala ikan di warungnya di Bangsar, 28 Disember 2017. Pemilik gerai popular Annuar Zainal Abdin sedang menghidang kari kepala ikan di warungnya di Bangsar, 28 Disember 2017.

Dibuka seawal 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari kecuali Ahad, pelanggan boleh meletak kenderaan di kawasan parkir berhampiran.

Namun kawasan ini memang selalu sesak. Ruang parkirnya terhad, jadi ramai pelanggan terpaksa meletak kereta di tepi jalan atau harus berjalan sedikit.

Gerai Annuar, di tepi pokok ketapang, penuh sewaktu makan tengah hari, sekitar jam 1 hingga 2.30 petang, dengan pelanggan bersesak-sesak beratur.

"Biasanya memang macam ini [ramai], tapi hari ini lain macam sikit panjangnya, macam ular melingkar sebab cuti sekolah," katanya kepada ProjekMMO minggu lepas.

Pelanggan selalu beratur panjang menunggu giliran mendapat sepinggan nasi. Lauk disediakan oleh pemiliknya Annuar Zainal Abdin (kiri). Pelanggan selalu beratur panjang menunggu giliran mendapat sepinggan nasi. Lauk disediakan oleh pemiliknya Annuar Zainal Abdin (kiri). Lauk pauk di sini tidak banyak, hanya ikan goreng, sotong goreng, tauge, kari kepala ikan dan juaranya sudah tentu ayam goreng.

Walau pilihan sajiannya tidak pelbagai, namun ia tetap mendapat sambutan. Lauk pauk yang ada habis lebih kurang jam 4 petang setiap hari.

Harga bagi lauk lain: nasi dengan ikan goreng dan sayur RM3, nasi ayam goreng, ikan goreng dan sayur RM6, nasi sotong goreng serta sayur pula RM7.

Hidangan kari kepala ikan antara RM30 hingga RM80 bergantung pada saiznya.

Buat mereka yang belum pernah ke sini, ada beberapa jalan masuk. Kalau dari bulatan di Jalan Cenderai, lorong masuknya di Jalan Cenderai 1.

Sotong goreng dan ikan goreng rangup dengan nasi panas dan kuah kari memang menarik minat penggemar nasi kandar Annuar Kari Kepala Ikan.Sotong goreng dan ikan goreng rangup dengan nasi panas dan kuah kari memang menarik minat penggemar nasi kandar Annuar Kari Kepala Ikan.Kalau anda dari Jalan Maarof, belok ke Jalan Ara (depan masjid Bangsar), kemudian belok lagi ke Jalan Ara Kiri, pasti bertemu bulatan ini.

Kalau dari Jalan Pantai Baharu, belok ke Jalan Bukit Pantai dan kemudian masuk ke Lorong Bukit Pantai, anda pasti berjumpa bulatan tersebut.

Lebih mudah, guna sahaja aplikasi Waze atau peta Google di telefon anda.

Anda boleh juga menyemak Facebook: Bangsar Fish Head Corner atau hubungi 016 677 7703 untuk tempahan meja atau pertanyaan lanjut.

Lagi Video di MMOTV