projekmmoCari Makan

Nasi ganja Shah Alam jadi buruan ramai

Nasi kuning ala Kedah dengan ayam masak merah, bersama lada segar, bendi, telur dan limau, membuka selera di Warung Nasi Ganja. — Foto-foto oleh Choo Choy MayNasi kuning ala Kedah dengan ayam masak merah, bersama lada segar, bendi, telur dan limau, membuka selera di Warung Nasi Ganja. — Foto-foto oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 29 Nov — Sewaktu mula tersebar di media sosial beberapa bulan lalu, Warung Nasi Ganja di Seksyen 11 di sini menjadi buruan ramai.

Orang ramai beratur panjang untuk menikmati hidangan sepinggan nasi ganja berharga RM8. Ada yang menunggu seawal 5 pagi walau gerai dibuka 7 pagi.

Keenakan masakan Ahmad Shukri Amiruddin tersebar meluas, bukan hanya dari Rawang, Selangor dan Melaka, tetapi juga dari Brunei dan Singapura.

Untuk sepinggan set nasi ganja, pilihannya termasuklah ayam goreng, ayam kurma, ayam masak merah, daging masak hitam atau gulai kawah Kedah.Ahmad Shukri Amiruddin (kanan) dibantu dua lagi pekerja, Muhammad Khairi (kiri) dan Ahmad Asyraaf.Ahmad Shukri Amiruddin (kanan) dibantu dua lagi pekerja, Muhammad Khairi (kiri) dan Ahmad Asyraaf.

Bagi set kari kambing atau kurma kambing, hidangan berharga RM12 sepinggan.

Menariknya, warung ini tidak mengenakan caj untuk nasi tambah. Malah air seperti oren kordial dan teh susu hanya RM2 dan boleh ditambah percuma.

Pada Jumaat, tiada caj dikenakan untuk minuman.

Bagi pelanggan yang menyambut hari lahir, anda boleh makan percuma di sini jika membawa dua rakan datang bersama menikmati hidangan.Kari kambing menambah pilihan lauk untuk nasi kuning di Warung Nasi Ganja.Kari kambing menambah pilihan lauk untuk nasi kuning di Warung Nasi Ganja.

Dibuka sejak Jun lalu, Ahmad Shukri menyediakan nasi ganja menurut cita rasanya sendiri, mengikut resepi keluarganya yang berasal dari Kedah.

Nasinya dimasak menggunakan serbuk kunyit dan herba, selain menambah elemen nasi Arab apabila menggunakan limau nipis untuk rasa sitrus.

Ia juga ada unsur nasi kandar, yakni ditambah kuah banjir dengan masakan kari.Antara 7 pagi hingga 1 tengah hari, Warung Nasi Ganja dibuka di rumah pengusahanya di No. 4, Jalan Nafiri 11/5C Seksyen 11.Antara 7 pagi hingga 1 tengah hari, Warung Nasi Ganja dibuka di rumah pengusahanya di No. 4, Jalan Nafiri 11/5C Seksyen 11.

Beroperasi di depan rumahnya sendiri, Warung Nasi Ganja dibuka antara 7 pagi hingga 1 petang kecuali Jumaat. Ia ditutup pada Isnin.

Pada hari Jumaat, ia dibuka sehingga 12 tengah hari sahaja. Untuk yang ingin mencuba, ia terletak di No. 4, Jalan Nafiri 11/5C Seksyen 11 di sini.

Anda boleh menyemak warung ini di Facebook: Warung Nasi Ganja.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Lagi Video di MMOTV