projekmmoCari Makan

Mahu rasa? Lemang periuk kera di sidang Umno

Setiap set lemang periuk kera Nor Zehan dijual dengan harga RM10, tidak termasuk rendang. — Foto-foto ihsan Facebook/Lemang Periuk Kera Ktn Setiap set lemang periuk kera Nor Zehan dijual dengan harga RM10, tidak termasuk rendang. — Foto-foto ihsan Facebook/Lemang Periuk Kera Ktn KUALA LUMPUR, 6 Dis — Kira-kira 500 hingga 800 biji lemang periuk kera dari Kuantan habis dijual di sebuah gerai sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU). 

Juadah unik dan jarang ditemui ini dijual dengan harga RM10 bagi satu set, manakala harga promosi RM15 bagi lemang dan rendang, lapor Utusan Online

Peniaganya Nor Zehan Mohd Zaidin @ Mohd Saidin, 37, menyediakan 7,500 periuk kera dan 250 kilogram pulut bagi tempoh PAU sehingga 9 Disember ini. 

“Lemang periuk kera ini kena kukus bukan bakar macam lemang biasa dalam buluh ini. Semuanya saya masak sendiri sepanjang perhimpunan ini,” katanya.

Lemang periuk kera Nor Zehan selalunya dijual di pasar malam dan pasar tani sekitar Kuantan.Lemang periuk kera Nor Zehan selalunya dijual di pasar malam dan pasar tani sekitar Kuantan.Menyediakan masakan itu di rumahnya di Kuantan, beliau berulang-alik ke sini kira-kira dua jam setiap hari demi kesegaran hidangan itu. 

Untuk itu, Nor Zehan membersih kelongsong periuk kera, sejenis tumbuhan menjalar, sebelum pulut dan santan dimasukkan ke dalamnya untuk dikukus.

Jika anda tidak sempat ke gerai jualannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semak Facebook beliau: Lemang Periuk Kera Kuantan.

Lagi Video di MMOTV