projekmmoCari Makan

Tulis makanan ini, mudah dapat kekasih

Salad boleh merangsang minat bakal kekasih, sehingga meningkatkan 97 peratus mesej masuk, menurut kajian syarikat temu janji Zoosk. — Foto AFPSalad boleh merangsang minat bakal kekasih, sehingga meningkatkan 97 peratus mesej masuk, menurut kajian syarikat temu janji Zoosk. — Foto AFPLOS ANGELES, 1 Dis — Peluang bertemu bakal kekasih dalam talian lebih cerah jika seseorang meletakkan makanan dalam profil akaun media sosial. 

Kajian yang berdasarkan 3.7 juta pengguna laman temu janji Tinder mendapati makanan berjaya menarik minat bakal pasangan, lapor Los Angeles Times

Namun tidak semua nama makanan boleh merangsang daya penarik bakal pasangan, dikira berasaskan hitungan jumlah mesej yang masuk. 

Coklat meningkat 100 peratus mesej tetapi keladi merendahkan lagi 70 peratus. 

Coklat kegemaran ramai Kit Kat. Meletakkan coklat dalam profil Tinder mencetuskan minat bakal pasangan. — Foto ReutersCoklat kegemaran ramai Kit Kat. Meletakkan coklat dalam profil Tinder mencetuskan minat bakal pasangan. — Foto ReutersWalau digemari ramai dan sedap, menurut kajian syarikat temu janji dalam talian Zoosk, ayam goreng menjadikan lebih ramai tidak berminat! 

Berikut senarai makanan yang boleh meningkatkan (+) mesej masuk dan juga yang boleh merendahkan (-) lagi jumlah mesej peminat seseorang (peratusan). 

Kentang (+ 101)
Coklat (+ 100)
Salad (+ 97) 
Sushi (+ 93)
Avocado (+ 91)
Pasta (+ 75)
Keju (+ 75)
Kek (+ 72)
Burger (+ 68)
Pisang (+ 66)
Biskut (+ 64)
Ais krim (+ 62)
Kentang goreng (+ 61)
Makanan laut (+ 61)
Keladi (- 70)
Ayam goreng (- 15)

Diperkenalkan pada 2012, aplikasi Tinder yang boleh diakses melalui aplikasi popular Facebook mendapat perhatian pengguna Internet di seluruh dunia.

Seorang pengunjung lelaki melihat menu ayam goreng di sebuah pub di Seoul, Korea Selatan pada 11 Oktober 2016. — Foto Reuters Seorang pengunjung lelaki melihat menu ayam goreng di sebuah pub di Seoul, Korea Selatan pada 11 Oktober 2016. — Foto Reuters Aplikasi ini, membolehkan lokasi seseorang diketahui, mendapat kira-kira satu bilion ‘swipe’, atau tolakan, setiap hari.

Ia popular di kota-kota berikut: London, Paris, New York, Berlin, Moscow, Stockholm, Rio de Janeiro, Sydney, Barcelona dan Buenos Aires. 

Kira-kira 41 peratus penggunanya berusia 25 hingga 34 tahun, 39 peratus lagi antara 16 hingga 24 tahun. Lebih kurang 15 peratus berusia 35-44 tahun. 

Senarai lengkap makanan dalam kajian Zoosk DI SINI.

Lagi Video di MMOTV