projekmmoCari Makan

Keropok kembang, rangup di Pasar Kedai Payang

Keropok dari gerai Shila Sukri kembang putih selepas digoreng dan sungguh rangup ketika dimakan. — Foto oleh Fathi Aris OmarKeropok dari gerai Shila Sukri kembang putih selepas digoreng dan sungguh rangup ketika dimakan. — Foto oleh Fathi Aris OmarKUALA LUMPUR, 6 Feb — Sebut saja Terengganu, perkara pertama terbayang sudah tentu keropok kerana keenakannya, lebih-lebih lagi keropok ikan tamban.

Ia boleh didapati dengan mudah jika anda berkunjung ke Pasar Kedai Payang, antara pusat tumpuan utama pelancongan ke Kuala Terengganu. 

Bermacam-macam gerai menjual keropok dan juadah tradisi Terengganu di situ. Satu daripadanya, gerai keropok ikan tamban dari Pengkalan Setar.

Menggunakan jenama Cap Ikan Emas, gerai Shila dan Sukri di gerai KM 22-23. Keropoknya yang nipis-nipis kembang putih dan rangup apabila digoreng.

Keropok keping dari gerai Shila Sukri sebelum digoreng. — Foto oleh Fathi Aris OmarKeropok keping dari gerai Shila Sukri sebelum digoreng. — Foto oleh Fathi Aris OmarPeniaganya yang hanya mahu dikenali Shila, 52, berkata keropok ikan tamban sentiasa dicari pelanggan bukan saja dari Terengganu, malah seluruh negara.

“Sepaket setengah kilogram RM12,” katanya, berpengalaman lebih 10 tahun di situ, yang menjual lebih 100 paket keropok ikan jenis itu.

“Keuntungan itu tidak menentu, bergantung pada musim, kadang-kadang waktu cuti sekolah boleh dapat RM1,000 sehari,” katanya kepada ProjekMMO hari ini.

Beliau memperoleh bekalan dari pengusaha keropok keping, keropok lekor yang dipotong nipis-nipis sebelum dikeringkan, di Mak Kemas dan Pengkalan Setar.

Shila juga menjual beberapa jenis keropok lagi, antaranya keropok ikan parang dan keropok sira, keropok manis yang tidak perlu digoreng. 

Keropok keping jenama Cap Ikan Mas yang asli keluaran Wan Hassan Wan Mahmud sedang dikeringkan di Kuala Besut. — Foto ihsan Facebook/Kilang Keropok Cap Ikan Mas Keropok keping jenama Cap Ikan Mas yang asli keluaran Wan Hassan Wan Mahmud sedang dikeringkan di Kuala Besut. — Foto ihsan Facebook/Kilang Keropok Cap Ikan Mas Gerainya dibuka setiap hari dari 7.30 pagi hingga 6 petang. Pada cuti sekolah waktu operasinya hingga 8 malam. 

Buat yang ingin berkunjung, gerainya KM 22-23 di Pasar Kedai Payang atau boleh hubungi 013 994 4483, 019 914 8848 atau 019 913 8848. 

Ada juga jenama keropok Cap Ikan Emas, dianggap yang “asli”, yang diusahakan Wan Hassan Wan Mahmud di Kuala Besut. 

Dikeluarkan di No 100 Kampung Teluk Bayu, produk pengusaha ini boleh disemak di Facebooknya: Kilang Keropok Cap Ikan Mas.

Buat pelanggan yang berminat mencari keluarannya, yang segar dan tidak gatal, anda boleh berhubung melalui WhatsApp 014 844 5350.

Lagi Video di MMOTV