projekmmoCari Makan

Kenny Rogers, Subway buat calon fokus SPM

Antara menu ayam panggang yang disediakan oleh Kenny Rogers. — Foto ihsan Facebook/Kenny Rogers RoastersAntara menu ayam panggang yang disediakan oleh Kenny Rogers. — Foto ihsan Facebook/Kenny Rogers RoastersKUALA LUMPUR, 7 Nov — Demi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) fokus, sebuah sekolah sanggup berhabis RM20,000 menyediakan makanan sedap.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki di sini menyediakan masakan, antaranya, ayam panggang Kenny Rogers dan sandwic Subway, lapor Kosmo!.

Menu itu untuk makan tengah hari 190 calon, sementara makaroni, tat keju, bihun goreng dan minuman Milo untuk sarapan pagi pula.

Antara menu sandwic yang disediakan oleh Subway. — Foto ihsan Facebook/Subway MalaysiaAntara menu sandwic yang disediakan oleh Subway. — Foto ihsan Facebook/Subway MalaysiaPengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkata kos itu hasil kutipan daripada ibu bapa untuk lebih 30 menu berkhasiat dan seimbang.

“Matlamat kami mahu anak-anak kita fokus selain ingin menaikkan semangat mereka ketika menjawab soalan,” kata Wan Zaidi Wan Jaafar.

Seorang ibu pelajar Rodzian Marhom berkata makanan percuma itu dapat mengelakkan insiden tidak diingini seperti keracunan makanan.

Lagi Video di MMOTV