projekmmoCari Makan

Kedai ramen penyanyi Korea dibuka di Kuala Lumpur

Seungri, penyanyi kumpulan Big Bang, di depan kedai Aori Ramen yang dimilikinya. — Foto sumbangan The Hive.Asia Seungri, penyanyi kumpulan Big Bang, di depan kedai Aori Ramen yang dimilikinya. — Foto sumbangan The Hive.Asia KUALA LUMPUR, 14 Nov ― Aori Ramen, kedai popular yang dimiliki penyanyi Korea Selatan, akan membuka cawangannya di Malaysia tidak lama lagi.

Kedai yang miliki Seungri, anggota kumpulan Big Bang, akan menjual ramen Jepun di sini seperti diumumkan di Instagramnya semalam.

Penyanyi 26 tahun itu memuatkan imej wanita Jepun berlatar belakang ikon Malaysia seperti menara berkembar KLCC dan bangunan Sultan Abdul Samad.

 

@aoriramen yes we going to #KL #Malaysia too 🇲🇾 🍜 #아오리라멘 #말레이시아진출

A post shared by Lee seung ri (@seungriseyo) on

“@aoriramen ya kami akan ke #KL #Malaysia juga!” coret Seungri, nama pentas Lee Seung-hyun, di media sosial tersebut.

Kedai di negara ini akan menjadi cawangan ke-15. Namun tiada butiran lanjut tentang cawangan tersebut setakat ini.

Dibuka di Cheongdam-dong pada Disember 2016, tidak pasti sama ada cawangan di Kuala Lumpur berkonsep halal atau tidak.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV