projekmmoCari Makan

Kacang pool pilihan PM, isteri kini di Putrajaya

Menu Kacang Pool dari Timur Tengah diadun dengan herba dan rempah ratus buatan sendiri. — Foto-foto oleh Ahmad ZamzahuriMenu Kacang Pool dari Timur Tengah diadun dengan herba dan rempah ratus buatan sendiri. — Foto-foto oleh Ahmad ZamzahuriPUTRAJAYA, 8 Jan — Bagi individu yang merindui atau mahu mencuba keenakan kacang pool Larkin, kini anda boleh menikmatinya di Presint 9, Putrajaya.

Dibuka pada 2014, gerai kecil terletak di Medan Selera Seri Teja di sini kian mendapat perhatian ramai.

Walau saiz kedainya kecil, tanpa meja, itu tidak menjadi masalah, pengunjung boleh menikmati kacang pool di medan selera.

Pekerja Mohd Hamizan menghidangkan kuah Kacang Pool di gerai cawangan Putrajaya. Pekerja Mohd Hamizan menghidangkan kuah Kacang Pool di gerai cawangan Putrajaya. Kacang Pool Haji Putrajaya, diuruskan Sidik Firdaus, 32, adalah cawangan kelima Kacang Pool Haji milik Makpol Kairon, 57.

Ada empat cawangan di Johor: di Medan Selera Larkin, Plaza Angsana berdekatan Sekolah Foon Yew dan Plaza Larkin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Rosmah Mansor antara pemimpin yang menyukai kacang pool ini.

“Setiap kali Najib dan Rosmah datang ke Johor Baru, mereka pasti akan memesan kacang pool dari saya,” kata Makpol, lapor mStar Online pada 20 Oktober lalu.

Bahan utama Kacang Pool adalah kacang buncis, telur goreng, daging cincang, bawang merah dan asam limau. Ia dimakan bersama roti bakar.Bahan utama Kacang Pool adalah kacang buncis, telur goreng, daging cincang, bawang merah dan asam limau. Ia dimakan bersama roti bakar.Menunya dari Timur Tengah tapi disesuaikan dengan cita rasa tempatan bersama adunan herba dan rempah ratus buatan sendiri.

Bahan utamanya, kacang buncis, telur goreng, daging cincang, bawang merah dan asam limau. Ia dimakan bersama roti bakar.

Dibuka seawal 8 pagi sehingga 10.30 malam setiap hari, pelanggan boleh meletak kenderaan di parkir berhampiran.

Pekerjanya Mohd Hamizan, 21, berkata gerai dipenuhi pelanggan pada Sabtu dan Ahad.

Hari biasa mereka memperoleh jualan RM300 sehari, manakala hari minggu meningkat kepada lebih RM500.

Gerai yang terletak di Medan Selera Seri Teja, Putrajaya memperoleh jualan RM300 sehari dan meningkat pada hujung minggu.Gerai yang terletak di Medan Selera Seri Teja, Putrajaya memperoleh jualan RM300 sehari dan meningkat pada hujung minggu.Harga bagi kacang pool biasa adalah RM6 dan jika mahu tambah roti, kuah atau telur, caj RM1 dikenakan.

Selain kacang pool, gerai itu juga menyediakan roti bakar kaya pada harga RM1.50.

Tidak sukar untuk mencari Kacang Pool Haji Putrajaya. Jika anda ingin ke sini, dari Jalan P9, lorong masuknya di Jalan P9e/2.

Gerai ini juga boleh dicari menggunakan aplikasi Waze atau peta Google di telefon anda.

Anda boleh menyemak Facebook: Kacang Pool Haji Putrajaya atau hubungi 019-7690696 untuk sebarang pertanyaan.  

Lagi Video di MMOTV