projekmmoCari Makan

Fazley: Tidak suka sajian saya? ‘Block’ saja

Datuk Fazley Yaakob menyediakan sajian ‘sweet table’ untuk pengamal media. — Foto ihsan Instagram/Fazley YaakobDatuk Fazley Yaakob menyediakan sajian ‘sweet table’ untuk pengamal media. — Foto ihsan Instagram/Fazley YaakobKUALA LUMPUR, 6 Feb — Penyanyi Datuk Fazley Yaakob menyarankan mereka yang tidak menggemari sajiannya agar tidak mengikuti akaun media sosialnya.

“Tidak perlu gaduh-gaduh, hendak rasa makanan saya jemput datang, tidak suka block sahaja saya, OK?” kata penyanyi “Asmara Ini” dalam Twitter. 

Tidak mahu bertekak di media sosial, juara Masterchef Celebrity Fazley, 40, berkata beliau “seronok” membaca kecaman terhadap sajian unik tersebut.

‘Sweet table’ sejenis sajian pencuci mulut merangkumi pisang goreng, enam sos berbeza, empat hingga lima jenis kek, makaron, meringue dan aiskrim.

 

 

Dunia #Socmed memang ada macam2 ragam, ‘take it with a pinch of salt’ sudah 😂 dalam pada korang tengah sibuk nak buktikan yang korang tak setuju masih ramai yang tengah sibuk makan di @sukasucrebistro Terima kasih banyak tau! ❤️

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

 

Semua hidangan itu disediakan selebriti itu di depan pelanggan dan tersebar sejak Fazley memuat naik foto tersebut di media sosial.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Fazley menyediakan Sweet Table untuk meraikan ulang tahun kelahiran adiknya Raf Yaakob.

Hidangan tersebut boleh didapati di restorannya SukaSucre Bistro di 81, Jalan 2/90, Wisma RYU, Taman Pertama, Cheras.

Lagi Video di MMOTV