projekmmoCari Makan

Cukai makanan, gula demi kawal obesiti?

Bungkusan gula pasir di sebuah kedai di Kuala Lumpur, 25 Oktober 2013. Wajarkah minuman banyak gula dicukai? — Foto Reuters Bungkusan gula pasir di sebuah kedai di Kuala Lumpur, 25 Oktober 2013. Wajarkah minuman banyak gula dicukai? — Foto Reuters NEW YORK, 11 Jan — Cukai makanan ringan wajar dikenakan kepada pengeluarnya bagi mengawal kegemukan, cadang penyelidik dalam kajian terbaru.

Cukai itu memaksa pengeluar menaikkan harga makanan yang akhirnya mendorong pengguna menolaknya, kata Jennifer Pomeranz dari Universiti New York.

Pembantu profesor itu, ketua kajian yang diterbitkan dalam “American Journal of Public Health”, pengilang akan mengeluarkan makanan yang tidak dicukai.

Menurut portal Forbes semalam, satu daripada tiga dewasa Amerika Syarikat obes. Sementara satu daripada enam bawah 19 tahun juga obes.

Namun satu kajian Universiti Cornell pada 2016 mendapati pengeluar di Berkeley, California tidak menaikkan harga makanan walau dicukai.

Kajian pada 2016 menunjukkan terlalu banyak mengambil makanan ringan atau yang mengandung lemak boleh merosakkan buah pinggan. — Foto sumbangan via AFP Kajian pada 2016 menunjukkan terlalu banyak mengambil makanan ringan atau yang mengandung lemak boleh merosakkan buah pinggan. — Foto sumbangan via AFP Pomeranz, yang menjalankan kajian dengan Universiti Tufts, berkata mereka percaya cukai di seluruh negara lebih berkesan daripada kerajaan tempatan.

Mereka mencadangkan cukai eksais itu berdasarkan kategori atau zat makanan.

Menurut portal itu lagi, Hungary berjaya melaksanakan cukai makanan ringan, khususnya yang mengandungi banyak gula dan garam.

“Cukai tambah nilai” dikenakan sebanyak 27 peratus lagi daripada cukai 25 peratus ke atas semua pengeluar makanan.

Empat tahun cukai itu diperkenalkan, 59 peratus pengguna mengurangkan makanan ringan, menurut kajian negara itu dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Makin banyak negara memperkenalkan cukai khas terhadap makanan yang membawa kepada berat badan berlebihan. — Foto AFP Makin banyak negara memperkenalkan cukai khas terhadap makanan yang membawa kepada berat badan berlebihan. — Foto AFP “Hungary sering disebut oleh WHO sebagai negara paling berkesan mengenakan cukai kerana ia mengurangkan ambilan makanan [ringan],” kata Pomeranz.

Kajian dua universiti melibatkan semakan kertas-kertas penyelidikan mengenai cukai ini di Amerika Syarikat dan negara luar sehingga Mei lalu.

Sementara itu United Kingdom mengumumkan pada Mac 2016 bahawa negara itu akan memperkenalkan cukai pada minuman bergula mulai tahun ini.

Minuman yang mengandungi gula 5g bagi setiap 100ml akan dikenakan cukai. Jumlah cukai yang dikutip dijangka £520 juta (RM2.8 bilion) setahun.

Namun ia tidak mudah dilaksanakan. Pengeluar makanan dan minuman serta ahli-ahli politik keberatan, malah membantah, cukai tersebut.

Lagi Video di MMOTV