projekmmoCari Makan

Cari resipi tiga tahun, rahsia nasi lemak goreng

Nasi lemak goreng, dengan ayam dan udang, mendapat perhatian setelah media membantu mempromosi masakan unik ini. ― Foto-foto ihsan Facebook/Chef Fauzey Nasi Lemak GorengNasi lemak goreng, dengan ayam dan udang, mendapat perhatian setelah media membantu mempromosi masakan unik ini. ― Foto-foto ihsan Facebook/Chef Fauzey Nasi Lemak GorengKUALA LUMPUR, 14 Nov ― “Selepas tiga tahun, saya try and error, baru saya dapat resipi yang solid,” kata Cef Fauzey, pengasas nasi lemak goreng.

Perbualan semakin rancak, beliau menceritakan kisah di sebalik kewujudan nasi lemak goreng pada 2011, empat tahun selepas berhenti kerja cef.

Bekas tukang masak di dua buah hotel terkemuka di ibu negara itu memulakan cerita: “Pada mulanya, ada seorang pelanggan datang, memesan nasi goreng.”

Sedangkan, kata Mohammad Fauzey Hassan, 40, ketika itu beliau hanya menjual nasi lemak. Beliau “hentam” juga untuk memasaknya walau rasanya kurang enak.

Cef Fauzey Hassan ketika berniaga di pusat beli-belah Ampang Point pada Februari 2017.Cef Fauzey Hassan ketika berniaga di pusat beli-belah Ampang Point pada Februari 2017.Namun, usahanya tidak berhenti di situ. Beliau terus mencari rencah menggoreng nasi lemak setiap hari, sebelum menemuinya tiga tahun kemudian, pada 2014.

“Saya ambil masa tiga tahun untuk mendapat yang solid. Saya cari sendiri [selama] tiga tahun,” katanya kepada ProjekMMO minggu lalu.

Mula berniaga sejak 2007, dibantu isteri dan dua pekerja, Cef Fauzey membuka lori makanannya di belakang stesen bas lama Jalan Othman di Petaling Jaya.

Beliau turut menjual dua lagi masakan, nasi lemak kukus dan kuetiau udang.

Selain menjual nasi lemak goreng dan nasi lemak kukus, kuetiau udang (foto) Cef Fauzey juga diminati ramai.Selain menjual nasi lemak goreng dan nasi lemak kukus, kuetiau udang (foto) Cef Fauzey juga diminati ramai.Sepuluh tahun sebagai tukang masak hotel, Cef Fauzey akhirnya bertemu “sentuhan” rempah bagi mengekalkan rasa santan pada nasi lemak yang digoreng.

“Ada ramuan lain, rempah lain. Sebab itu ia unik, lain daripada yang lain,” kata bekas cef hotel PJ Hilton dan Equatorial KL.

Bersyukur selepas bertungkus-lumus lapan tahun, rezekinya berlipat kali ganda apabila pelbagai media mempromosikan kesedapan dan keunikan nasi lemaknya.

“Selepas lapan tahun bersusah payah, iaitu pada 2015, nasi lemak goreng saya meletup sebab keluar Majalah 3. Saya ada peminat yang tersendiri,” katanya.

Orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan juadah di lori makanan Cef Fauzey di Petaling Jaya.Orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan juadah di lori makanan Cef Fauzey di Petaling Jaya.“Kalau pelanggan yang biasa rasa, dia tahu nasi lemak goreng itu saya yang masak.” 

Cef Fauzey mengakui memasak nasi lemak tetapi mencabar baginya kerana kemahiran asalnya juadah Barat.

Pelanggan meminati nasi lemaknya bersama ayam berempah, harganya RM8. Nasi lemak kukus bersama ayam berempah RM7. Kuetiau udang pula RM5.

Jualan nasi lemak kukusnya boleh mencecah lebih 100 bungkus sehari. Begitu juga jualan nasi lemak goreng, lebih 100 bungkus sehari.

Gerainya beroperasi setiap hari, Isnin hingga Ahad, antara 5.30 petang hingga 11 malam. Boleh semak di Facebook: Chef Fauzey Nasi Lemak Goreng.

Lagi Video di MMOTV