projekmmoCari Makan

Cari mi kolok? Dayang pilih Dapur Sarawak

Mi kolok (bawah), umai (kanan) dan bubur pedas di Dapur Sarawak yang dirakam dalam foto seorang pengunjung restoran tersebut. — Foto ihsan Instagram/Safura KamarMi kolok (bawah), umai (kanan) dan bubur pedas di Dapur Sarawak yang dirakam dalam foto seorang pengunjung restoran tersebut. — Foto ihsan Instagram/Safura KamarSHAH ALAM, 28 Nov — Tidak sukar meramal menu kegemaran penyanyi Dayang Nurfaizah yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Walau lama menetap di Kuala Lumpur, selera penyanyi Masih Ada Cinta ini tetap terarah ke kampung halaman yang menjanjikan 1,001 menu menyelerakan.

Bila bercerita tentang hidangan Sarawak, pasti ramai tertanya-tanya apa menjadi pilihan Dayang, 36, sama ada laksa Sarawak atau mi sapi.

Memilih mi kolok, penyanyi Lelaki Teragung bersyukur kerana restoran Dapur Sarawak menyediakan hidangan kegemarannya itu. 

 

Bila cuti Dayang suka spend time dengan family, macam sarapan bersama. Dengan McDonald's Family Breakfast Box, mudah untuk kami. Semua boleh di kongsi, macam Hotcakes ni 😋 . Semua ni bermula dari RM25 je tau.. jom kita sarapan sama-sama ☺ #NikmatHujungMinggu #McDBreakfast #FamilyBreakfastBox

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

“Bila teringin makanan Sarawak, saya ke restoran Dapur Sarawak. Kalau teringin makan mi kolok, saya ke situ. 

“Saya biasa datang ke cawangan [tidak jauh dari] Setapak tetapi apabila ada latihan di sini, saya ke cawangan Shah Alam.

“Mi itu susah dimasak sendiri, jadi kalau teringin, saya ke sana. Saya beruntung pengurus dan pasukan saya semua suka ke sana.

“Jadi senang, kadang-kadang tidak kira masa, sama ada makan malam, minum petang mahupun sarapan, kami akan ke sana,” katanya kepada ProjekMMO.

Restoran Dapur Sarawak di Jalan Sarikei, Kuala Lumpur dipenuhi pelanggan. — Foto ihsan Facebook/Restoran Dapur SarawakRestoran Dapur Sarawak di Jalan Sarikei, Kuala Lumpur dipenuhi pelanggan. — Foto ihsan Facebook/Restoran Dapur SarawakDapur Sarawak, milik pelakon Mahmud Ali Basha, mempunyai cawangan di Jalan Sarikei (masuk melalui Jalan Pahang), Kuala Lumpur dan Seksyen 7 di sini.

Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam, restoran ini beroperasi setiap hari kecuali Jumaat.

Hidangan popular di restoran ini termasuklah mi kolok, laksa Sarawak, mi Jawa, bihun belacan dan nasi manok panggang.

Dayang berkata mi kolok satu-satunya pilihan jika ke Dapur Sarawak kerana hidangan lain lebih enak dimasak ibunya di sini. 

“Kalau laksa Sarawak, saya pilih yang dimasak ibu. Jarang saya cuba di sana,” katanya.

Lagi Video di MMOTV