projekmmoCari Makan

Beriani ayam madu Mahbub tarikan Bangsar

Dua pinggan beriani ayam madu, dimakan bersama acar timun dan kuah dal, menjadi tarikan ke Restoran Mahbub di Bangsar. ― Foto ihsan Facebook/Munajat SufiiDua pinggan beriani ayam madu, dimakan bersama acar timun dan kuah dal, menjadi tarikan ke Restoran Mahbub di Bangsar. ― Foto ihsan Facebook/Munajat SufiiKUALA LUMPUR, 8 Dis — Bagi sesi makan sekeluarga di luar, hujung minggu antara waktu sesuai berkunjung  restoran Mahbub di Bangsar.

Hidangan nasi beriani bukharanya antara hidangan yang paling memikat pelanggan pelbagai kaum, termasuk dari luar kawasan ini dan sekitarnya, sejak tahun 2000.

“Campuran rempah ratusnya membangkit rasa selera bersama bau aroma yang menyedapkan,” kata restoran itu dalam promosi di laman webnya.

Nasi beriani biasa dimakan bersama ayam goreng rempah (RM15) atau anda boleh memilih lauk pauk lain seperti kambing atau daging.

Beriani bukhara (atas, kanan), martabak dan beriani ayam madu buat berbuka puasa di Restoran Mahbub ― Foto ihsan Facebook/Ikhwan HafizBeriani bukhara (atas, kanan), martabak dan beriani ayam madu buat berbuka puasa di Restoran Mahbub ― Foto ihsan Facebook/Ikhwan HafizSementara nasi beriani bukhara, yang dimasak bersama ayam (RM15.50) atau kambing (RM17), disediakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Bermula 1974 dengan nama restoran Sharifa, ia sedikit demi sedikit mengorak langkah sehingga penjenamaan semula pada 1995.

Selain bukhara, beriani ayam madu (juga RM15) menjadi satu hidangan popular. Dianggap antara yang terbaik di sini, restoran ini sering dikunjungi ramai.

Pelanggan pelbagai kaum akan memenuhi kerusi dan meja kosong, mulai tengah hari dan menjelang malam, melimpah hingga ke kaki lima bank di sebelahnya. 

Pelbagai lapisan pengunjung singgah di Restoran Mahbub, sehingga melimpah ke depan bank di sebelahnya. ― Foto ihsan Facebook/Restoran MahbubPelbagai lapisan pengunjung singgah di Restoran Mahbub, sehingga melimpah ke depan bank di sebelahnya. ― Foto ihsan Facebook/Restoran MahbubPelbagai jenis martabak, nan, tanduri, tosai dan capati turut disediakan untuk penggemar roti, selain makanan lazim di mana-mana, roti canai.

Restoran Mahbub di Lucky Garden dibuka antara 7 pagi hingga 2 pagi setiap hari. Waktu puncaknya pada tengah hari dan awal malam.

Kemasyhurannya menggamit pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kenamaan antaranya Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirauddin.

Terletak di sebelah bank CIMB, restoran ini menerima tempahan bufet katering “Malaysia favourite” atau “Indian taste” untuk majlis rasmi atau perayaan.

Sebuah bungkusan nasi beriani yang tiba buat seorang peminatnya melalui khidmat penghantar Restoran Mahbub. ― Foto ihsan Facebook/Nor Suhaila IsmailSebuah bungkusan nasi beriani yang tiba buat seorang peminatnya melalui khidmat penghantar Restoran Mahbub. ― Foto ihsan Facebook/Nor Suhaila IsmailJika ingin menikmati masakannya, anda boleh memandu kereta menuju ke No 17 Lorong Ara Kiri Satu, Lucky Garden di Bangsar.

Atau jika ingin membuat tempahan, anda boleh menghubungi 03-2095 5382 atau melayari www.restoranmahbub.com bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam.

Anda juga boleh menyemak laman Facebooknya: Restoran Mahbub Bangsar.

Lagi Video di MMOTV