projekmmoCari Makan

Apa lagi mahu? Rojak sotong ‘gergasi’ popular

Macam rojak kangkung di Pulau Pinang tetapi rojak sotong di Melaka ada tauhu, sengkuang dan kuah rojak resipi sendiri. — Foto-foto ihsan Facebook/Warung Hijau Rojak SotongMacam rojak kangkung di Pulau Pinang tetapi rojak sotong di Melaka ada tauhu, sengkuang dan kuah rojak resipi sendiri. — Foto-foto ihsan Facebook/Warung Hijau Rojak SotongKUALA LUMPUR, 14 Feb — Jika anda mahu menyambut Hari Kekasih dengan kelainan hari ini, boleh cuba rojak sotong besar pada harga menarik ini. 

Warung Hijau Rojak Sotong di Melaka, milik Zainon Mohd Isa, 43, makin dikenali meluas kerana menyediakan juadah berlaukkan sotong “jumbo”.

Beroperasi kira-kira empat tahun lalu, beliau mendapat idea tersebut daripada anak saudaranya yang baru pulang dari China. 

“Anak buah saya baru balik melancong, di China banyak hidangan pelik-pelik, lauk saiz besar,” katanya kepada ProjekMMO minggu lepas.

“Jadi dia cadang apa kata kita buat rojak dan mi berlauk sotong gergasi.”

Mi goreng sotong di Warung Hijau memang membuka selera peminat makanan laut. Mi goreng sotong di Warung Hijau memang membuka selera peminat makanan laut. Bahan-bahan rojak sotong di Warung Hijau di Masjid Tanah pada asasnya sama dengan sotong kangkung di Pulau Pinang.

Namun, menurut Zainon, ada beberapa tambahan untuk memberikan rasa berbeza, iaitu memasukkan tauhu, sengkuang dan kuah rojak resipi keluarga.

Sebanyak 40 kilogram sotong habis dijual pada hari biasa, manakala hampir 80 kilogram pula pada Sabtu dan Ahad. Warung ini ditutup pada Isnin.

Rojak ini dijual antara RM30 hingga RM40 dengan dua ekor sotong.

Selain dibuat rojak dan mi goreng, sotong bakar boleh dinikmati begitu sahaja di Warung Hijau Melaka. Selain dibuat rojak dan mi goreng, sotong bakar boleh dinikmati begitu sahaja di Warung Hijau Melaka. Harga menu lain yang turut menjadi pilihan pelanggan: mi goreng “jumbo” bersama sotong dan udang RM30 hingga RM40 dan mi goreng biasa RM5.

Sotong bakar juga dijual. Harganya bergantung saiz atau berat sotong.

Dibuka pada 5 petang hingga 10 malam, Warung Hijau Rojak Sotong terletak di Batu 19 ¾, Kampung Durian Daun di Masjid Tanah.

Warung Hijau di Masjid Tanah sentiasa dipenuhi pelanggan, khususnya pada hujung minggu. Warung Hijau di Masjid Tanah sentiasa dipenuhi pelanggan, khususnya pada hujung minggu. Lokasi warung hanya 110 meter dari surau Kampung Solok Berangan dan berdekatan kedai Kari Kambing Warisan Ceylon. 

Boleh cari Warung Hijau Rojak Sotong di peta Google atau aplikasi Waze.

Semak juga Facebooknya Warung Hijau Rojak Sotong atau hubungi 010 769 6065 jika ada sebarang pertanyaan atau untuk tempahan. 

Lagi Video di MMOTV