projekmmoBerita

Yuran universiti naik 200 peratus? Tidak benar, kata KPT

Beberapa pelajar menggunakan kemudahan ATM di kampus UKM di Bangi. Kementerian menafikan yuran universiti akan naik 200 peratus. — Foto oleh Choo Choy MayBeberapa pelajar menggunakan kemudahan ATM di kampus UKM di Bangi. Kementerian menafikan yuran universiti akan naik 200 peratus. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 12 Mei ― Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan yuran universiti awam naik sehingga 200 peratus mulai September ini.

Dalam kenyataan ringkas di sini, lapor Bernama, kementerian menyatakan berita yang tersebar di media sosial itu tidak benar.

Sebuah blog mendakwa banyak universiti merancang menaikkan kadar yuran akibat pemotongan bajet tetapi isu ini boleh menjejaskan undi kerajaan.

Hampir semua kampus awam masih ternanti-nanti pentadbiran universiti mana yang berani mengisytiharkan kenaikan tersebut, lapor Penyu Sakti.

“Malah, kenaikan hampir pasti dilakukan pada kemasukan semester akan datang, yang bermakna pada kemasukan September 2017,” kata sumber.

Kenaikan yuran boleh menyelesaikan beban kewangan, namun “akan menjauhkan anak-anak muda yang sebahagian besarnya pengundi Barisan Nasional”.

Lagi Video di MMOTV