projekmmoBerita

Warga emas guna jambatan ‘rosak’ bawa anak ke hospital

Jambatan gantung yang rosak menjadi laluan utama 300 penduduk Kampung Pamah Aur, Kuala Lipis. — Foto ihsan Facebook/Pendaki SoloJambatan gantung yang rosak menjadi laluan utama 300 penduduk Kampung Pamah Aur, Kuala Lipis. — Foto ihsan Facebook/Pendaki SoloKUALA LIPIS, 4 Jan — Seorang warga emas bergadai nyawa melalui jambatan “rosak” demi membawa anak bongsunya ke hospital untuk rawatan jantung.

Fatimah Ima Osman, 73 tahun, membawa “Dijah”, 34 tahun, dua kali sebulan melalui jambatan yang menjadi laluan utama kira-kira 300 penduduk Kampung Pamah Aur di sini.

Jika melalui Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, perjalanan mengambil masa lebih lama berbanding melalui jambatan itu, lapor Kosmo!.

“Sejak beberapa tahun lepas sudah tujuh kali jambatan gantung ini rosak akibat dilanda banjir,” katanya yang berharap jambatan konkrit segera dibina.

Video Fatimah menyeberangi jambatan tular di media sosial dan dilapor lebih 40,000 kali ditonton.

Kelmarin, rakaman seorang murid bersama bapanya meniti jambatan itu untuk ke sekolah yang terletak di seberang tular di media sosial.

Jabatan Kerja Raya Pahang pula menjelaskan kelewatan kerja membaiki jambatan itu kerana isu prosedur dan penilaian aspek teknikal.

Lagi Video di MMOTV