projekmmoBerita

Warga emas 82 tahun antara tiga lelaki rogol budak 13 tahun

Polis Miri menahan seorang daripada tiga lelaki yang disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun. — Paparan skrin GooglePolis Miri menahan seorang daripada tiga lelaki yang disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun. — Paparan skrin GoogleMIRI, 27 Sept — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dirogol tiga lelaki termasuk seorang warga emas berusia 82 tahun.

Timbalan ketua polis daserah Miri berkata warga emas itu dikatakan merogol mangsa di sebuah rumah inap desa sebelum memberi wang RM700, lapor Kosmo!.

“Dia kemudiannya diugut seorang wanita dan dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan dua lagi lelaki di sebuah hotel di sini,” kata Supt Stanley Jonathan Ringgit.

Beliau berkata mangsa mengadu kepada bapanya yang kemudian membuat laporan polis Rabu lalu, seterusnya polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun.

Mangsa dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.

Lagi Video di MMOTV