projekmmoBerita

Waran tangkap ahli politik Umno kes seleweng RM150 juta

SPRM mendapat waran tangkap ke atas seorang ahli politik Umno di Melaka berhubung skandal RM150 juta. ― Foto oleh Yusof Mat IsaSPRM mendapat waran tangkap ke atas seorang ahli politik Umno di Melaka berhubung skandal RM150 juta. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 26 April ― Waran tangkap seorang ahli politik Umno dikeluarkan susulan tidak hadir mahkamah semalam berkaitan kes penyelewengan RM150 juta. 

Ahli politik berusia 56 tahun itu dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas tuduhan pengubahan wang haram, lapor portal New Straits Times hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan merancang mendakwa sekurang-kurangnya 10 pertuduhan terhadap ahli politik itu. 

Dalam siasatan terhadapnya, wang tunai, kenderaan dan aset berjumlah RM150 juta dirampas sewaktu ditahan reman pada November lalu. 

Rampasan itu termasuklah wang tunai RM41 juta, akaun bank RM12.6 juta, 56 geran tanah di Sabah dan sembilan kenderaan.

Akhbar itu juga difahamkan ahli politik tersebut ― yang dikaitkan dengan pemimpin atasan negeri Melaka ― akan turut didakwa berkaitan pecah amanah.

Peguam lelaki itu Azrul Zulkifli Stork, yang hadir di mahkamah semalam, mengesahkan anak guamnya akan didakwa "secepat mungkin."

Lagi Video di MMOTV