projekmmoBerita

Wany harap lagu jadi ‘terapi’, akui sukar bertudung

Wany Hasrita merakam kenangan sewaktu konvokesyen Management and Science University (MSU) seperti dimuat di Instagram.Wany Hasrita merakam kenangan sewaktu konvokesyen Management and Science University (MSU) seperti dimuat di Instagram.

KUALA LUMPUR, 13 Sept ― Penyanyi yang sedang meningkat naik Wany Hasrita berharap lagu-lagunya dapat menjadi “terapi” buat peminatnya. 

“Saya sedar diri ini bukan penyanyi yang hebat dan sedang belajar teknik menyampaikan nyanyian yang dapat menyentuh hati pendengar. 

“Kalau boleh saya mahu nyanyian saya menjadi terapi kepada peminat,” katanya kepada akhbar Harian Metro.

Mula dikenali melalui YouTube tahun lalu, Wany melancarkan single kedua berjudul Rintihan Rindu selepas Menahan Rindu.

 

 

Semalam di #revolusiaidilfitri2017 . Thank youuu @lilypetuna invite wany! ❤❤❤ . Photo ; @azuddinamoz Make up ; @cikbungaleen Outfit ; @haydena_

A post shared by Hard Rock (@wanyhasrita) on

 

Wany, 25, juga mengakui bukan mudah menjadi artis bertudung kerana peminat berharap beliau menjadi contoh yang baik. 

“Membawa imej bertudung bukan mudah kerana sebagai orang yang dikenali, setiap apa yang kita lakukan dijadikan contoh dan diperhatikan,” katanya. 

“Sebelum ini saya pernah ditegur peminat ketika menyanyikan lagu parodi Despacito bersama rakan di bawah pengurusan sama.” 

Ada peminat menyifatkan lagu itu ― diharamkan disiarkan di radio Malaysia ― kurang sesuai dibawa wanita bertudung, kata graduan sains perubatan itu.

Lagi Video di MMOTV