projekmmoBerita

Wanita lacur dua anak RM50 dipenjara 75 tahun

Mahkamah Sesyen Johor Baru menjatuhkan 15 tahun penjara terhadap setiap satu daripada 10 pertuduhan melacur dua anak. — Paparan skrin Google Mahkamah Sesyen Johor Baru menjatuhkan 15 tahun penjara terhadap setiap satu daripada 10 pertuduhan melacur dua anak. — Paparan skrin Google JOHOR BARU, 13 Nov ― Seorang wanita yang melacurkan dua anaknya, 10 dan 13 tahun, dikenakan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh, 39 tahun, mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan kesalahan antara 1 hingga 7 Oktober lalu di hotel bajet di Larkin Perdana.

Lima pertuduhan berhubung kes melacur anaknya yang berusia 13 tahun, dan lima lagi berkaitan kesalahan sama pada anaknya yang kedua, lapor Harian Metro. 

Beliau didakwa bawah Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak. 

Jika disabit kesalahan, undang-undang itu membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Hakim Kamarudin Kamsun menghukum penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan yang sama tarikh berjalan serentak. 

Manakala hukuman terhadap pertuduhan yang lain dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya, lapor portal itu lagi. 

Wanita beranak empat itu, termasuk 4 dan 5 tahun, yang tiada pekerjaan ditahan polis di Senai pada 25 Oktober lalu.

Menurut Harian Metro, beliau menerima RM50 bagi setiap anak. Mangsa pula diberikan wang RM1, RM5, RM10 dan RM20.

Lagi Video di MMOTV