projekmmoBerita

Wanita hamil maut H1N1, tujuh sekeluarga dirawat

Seorang wanita hamil dikejarkan ke unit rawatan rapi di hospital utama Kuala Terengganu, namun meninggal dunia akibat H1N1. — Paparan skrin Google Seorang wanita hamil dikejarkan ke unit rawatan rapi di hospital utama Kuala Terengganu, namun meninggal dunia akibat H1N1. — Paparan skrin Google PUTRAJAYA, 18 April — Seorang wanita hamil disahkan maut Rabu lepas selepas dijangkiti influenza A, atau H1N1, kata Kementerian Kesihatan.

Tujuh lagi anggota keluarganya mendapat rawatan di hospital, termasuk lima daripada mereka sebagai pesakit luar.

Wanita itu mengalami demam, selsema dan batuk pada 1 April sebelum mendapatkan rawatan di klinik dan hospital swasta, pada 3 April dan 7 April lalu.

Mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu pada 7 April dan dimasukkan ke unit rawatan rapi, kata ketua pengarah kesihatan.

“Keadaan beliau merosot dan meninggal dunia pada 12 April dengan punca kematian influenza A (H1N1),” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan dua anggota keluarga mangsa kini dirawat di hospital dan dilapor stabil.

“Siasatan di tempat kerja wanita tersebut telah dijalankan dan tiada rakan sekerja yang mengalami gejala yang sama,” katanya.

Lagi Video di MMOTV