projekmmoBerita

Wanita bogel di Taman Universiti disyaki sakit mental

Foto dan video seorang wanita berbogel di Taman Universiti, Petaling Jaya pada Jumaat lalu tersebar melalui media sosial. — Foto ihsan Facebook/Rakyat Merah KuningFoto dan video seorang wanita berbogel di Taman Universiti, Petaling Jaya pada Jumaat lalu tersebar melalui media sosial. — Foto ihsan Facebook/Rakyat Merah KuningPETALING JAYA, 7 Mac — Seorang wanita bogel yang menggemparkan penduduk di sebuah taman perumahan di sini Jumaat lalu dipercayai mengalami masalah mental.

“Pihak polis mendapat maklumat secara lisan wanita yang dikenali dengan nama Fun Hau disyaki mempunyai masalah mental,” kata ketua polis Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din seperti dilapor Harian Metro.

Berita Harian pula melaporkan orang awam melihat wanita Vietnam itu, yang didakwa bersenam tanpa pakaian, bercakap seorang diri sambil berjalan di Jalan SS 3/33, Taman Universiti.

Selepas ditahan polis, wanita berusia 30 tahun itu yang tiada dokumen pengenalan diri dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk pemeriksaan kesihatan.

Sementara mStar Online melaporkan klip video wanita itu selama 45 saat tersebar di WhatsApp.

Menurut beberapa saksi, wanita itu kelihatan tidak keruan dan bercakap dalam bahawa Mandarin.

Lagi Video di MMOTV