projekmmoBerita

Walau sudah bertudung, Ardell masih dianggap lesbian

Ardell Aryana bergaya di tepi pantai dengan tudung seperti foto di Instagram pada 15 Oktober 2017. Ardell Aryana bergaya di tepi pantai dengan tudung seperti foto di Instagram pada 15 Oktober 2017. PETALING JAYA, 8 Dis — Ardell Aryana terpaksa memadam mesej daripada wanita yang mengajak pelakon wanita itu menjadi kekasih walau sudah bertudung.

Dengan penampilan yang lebih Islamik itu, sejak mengambil keputusan September lalu, masih ada peminat wanita menganggapnya lesbian, lapor mStar Online.

“Biarpun saya dah bertudung pun masih lagi ada orang anggap saya lesbian. Tapi saya padam sahaja mesej tersebut,” katanya.

Suka tampil dengan imej ala lelaki sebelum bertudung, Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 27, menerima mesej tersebut melalui Instagram.

 

Oder Ais Kosong , sampai Limau Ais ...( Warna je sama putih ) , ini juga termasuk salah 1 marketing untuk untung 🤣😂 yee ( Nyirap btl ) 😝 sebaik sedap . ais kosong Rm 20sen , Limau Ais Rm ??? Berapakah keuntungan tanpa sedar disitu kikiki ( Bijak bukan ) oh abang " Aneyy "🕺🏾 .xpe abam Bedaaaal 🕴🏻 , waiting My Roti Jantan 1 ... 🍽 . sape tahu roti jantan tu ape ??? 😏 #kakiMamak

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Nasib juga tidak menyebelahinya apabila beberapa penerbit membatalkan tawaran berlakon setelah mereka mengetahui beliau berhijab.

“Saya sudah empat kali ditolak tawaran berlakon selepas pihak produksi dapat tahu yang saya kini sudah bertudung.

“Mungkin sebab watak yang ditawarkan tidak sesuai. Namun, saya tak rasa sedih atau kecil hati,” kata Ardell kepada portal itu lagi.

Drama beliau termasuklah Baby Ana Milik Siapa? (2014), Asam Pedas Untuk Dia (2015), Aku Bukan Bimbo (2016) dan Namaku Bedah (2017).

Lagi Video di MMOTV