projekmmoBerita

Wakil Puteri ‘mahu jadi menantu’ gamatkan Umno

Perwakilan Puteri Umno bersemangat ketika melaungkan slogan 'Hidup Umno' pada Perhimpunan Agung Puteri Umno, 6 Disember 2017. — Foto Bernama Perwakilan Puteri Umno bersemangat ketika melaungkan slogan 'Hidup Umno' pada Perhimpunan Agung Puteri Umno, 6 Disember 2017. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 8 Dis ― Perbahasan ucapan dasar presiden Umno hari ini semakin meriah apabila seorang perwakilan Puteri “mengusik” pengerusi tetap.

Dalam ucapannya, Noor Aiza Hassan mengakui masih sendirian lalu Tan Sri Badruddin Amiruldin sedia menjadi “orang tengah”, lapor Berita Harian.

Noor Aiza, ketua Puteri Umno Bayan Baru, menyambut usikan itu dengan pantun.

“Pi mai pi mai tang tu, tang tu balik pintu. Tan Sri jangan lagu tu, kot-kot la boleh jadi menantu,” katanya, yang meriuhkan seluruh dewan.

Pemimpin Kedah itu, terkenal suka berjenaka ketika mempengerusi Perhimpunan Agung Umno, mengusik lagi dengan berkata beliau akan bertanya anaknya.

Sewaktu diminta mempercepatkan perbahasannya, Noor Aiza berjenaka sekali lagi buat Badruddin: “Penang bah, [Lim] Guan Eng gelabah, sikit ja lagi 'abah'.”

Dalam perbahasannya, wakil itu mencadangkan Umno mewujudkan insurans berkelompok untuk ahli yang sedang menjalankan tugas parti.

Beliau juga menggesa kerajaan negeri menyekat lesen kepada hotel yang melarang pekerja bertudung dan mencari jalan wanita boleh bekerja dari rumah.

Lagi Video di MMOTV