projekmmoBerita

Video hanya simulasi, pilihan raya bukan 13 Oktober

Pilihan raya umum ke-14 mesti diadakan menjelang Ogos tahun depan. — Foto oleh Farhan Najib YusoffPilihan raya umum ke-14 mesti diadakan menjelang Ogos tahun depan. — Foto oleh Farhan Najib YusoffKUALA LUMPUR, 2 Ogos — Pilihan raya umum ke-14 bukan pada 13 Oktober ini seperti yang tersebar dalam media sosial, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Video ringkas 39 saat itu menunjukkan pegawai SPR memaklumkan pengundian awal pada 11 Oktober tahun ini dan hari mengundi pula pada 13 Oktober.

Walau seorang pegawai pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengesahkan keaslian video itu tetapi menjelaskan ia hanya simulasi ketika latihan.

“Ia hanya latihan simulasi kepada pegawai pendaftar di Kelantan baru-baru ini.

“Ia hanya latihan. Ada orang nakal (cuba sebarkan khabar angin),” kata pegawai itu ketika dihubungi Malay Mail Online.

Pilihan raya umum mesti diadakan menjelang Ogos tahun depan. Namun banyak pihak membuat spekulasi ia diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Lagi Video di MMOTV