projekmmoBerita

Van remuk, pemandu patah kaki tersepit sejam

Anggota bomba memotong bahagian van yang remuk bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, 14 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTBAnggota bomba memotong bahagian van yang remuk bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, 14 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTBSABAK BERNAM, 16 Nov ― Seorang pemandu van patah kaki dan tersepit kira-kira sejam dalam nahas di Parit Baru di sini, kelmarin.

Mohamad Rezuwan Mutalib, 25, tersepit di tempat duduk pemandu selepas van yang dipandunya terbabas dan terperosok dalam parit, lapor Sinar Harian.

Ketua bomba dan penyelamat Sabak Bernama berkata anggota mengambil masa 20 minit untuk memotong bahagian van yang remuk bagi mengeluarkan mangsa.

“Sejurus tiba, kami dapati mangsa masih berada di dalam van dan tersepit di bahagian kaki,” kata Mohd Saufi Zakaria.

Mangsa dalam perjalanan menghantar barang kafeteria ke Institut Perakauanan Negara, Sungai Lang ketika kejadian berlaku 1 petang.

Mohamad Rezuwan dibawa ke Klinik Kesihatan Parit Baru sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah di sini.

Lagi Video di MMOTV