projekmmoBerita

Upiak dianggap gila, ‘Tak Tun Tuang’ kini popular (VIDEO)

Upiak Isil, penyanyi lagu sensasi 'Tak Tun Tuang,' di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 30 November 2017. — Foto ihsan Instagram/MVM Production Upiak Isil, penyanyi lagu sensasi 'Tak Tun Tuang,' di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 30 November 2017. — Foto ihsan Instagram/MVM Production KUALA LUMPUR, 4 Dis — Penyanyi Tak Tun Tuang bermula dengan derita sebelum lagu tersebut menjadi siulan ramai di Malaysia dan Thailand.

Upiak Isil, 32, berasal dari Padang, Sumatera, merakam lagu tersebut dengan susah payah tetapi kemudian dianggap gila, lapor Kosmo! hari ini.

"Saya menangis tidak henti-henti sehingga hilang semangat dan hampir berputus asa apabila dikecam khalayak," katanya, merakam lagu itu tiga tahun lalu.

"Mereka menganggap lagu Tak Tun Tuang sebagai lagu orang gila dan tidak beretika kerana saya berpakaian sedemikian."

Upiak, nama glamor Silvia Nanda, tampil dalam video lagu tersebut dengan berpakaian selekeh: berkain sarung, baju T dan berselipar besar.

Namun, penyanyi itu yang sengaja memilih lagu ringan gaya jenaka kini boleh berbangga apabila hasil susah payahnya dulu tersebar meluas.

 

 

SIDANG MEDIA “TAK TUN TUANG” BY UPIAK. Record Label: MVM Production Official Hotel Sponsor: Hotel Royal, Kuala Lumpur #taktuntuang #mvmproduction #viral #upiakisil #upiak

A post shared by MVM Production (@mvm_production) on

Ceritanya lagi, beliau terpaksa berjimat cermat, malah meminjam duit rakan-rakan bagi menampung kos penghasilan Tak Tun Tuang.

"Bagaimanapun, inilah keajaiban yang Tuhan berikan kepada saya apabila sentiasa bersujud dan mengingati-Nya," katanya, yang hidup susah sejak kecil.

"Klip video dan lagu yang dikecam tersebut menjadi tular hingga dikenali ke luar negara."

mStar Online melaporkan Upiak diceraikan pada 2015 setelah dua tahun berkahwin selepas merakamkan video muzik lagu tersebut.

"Lebih memilukan, selepas menjalani penggambaran video muzik lagu Tak Tun Tuang, suami menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan wanita lain,” katanya.

"Keluarga mertua tuduh saya kurang siuman kerana lagu ini dan bermula daripada situ saya berazam membuktikan kepada mereka saya mampu bergelar penyanyi."

Upiak membantu ibunya yang diceraikan sejak berusia 12 tahun. Pada usia 13 tahun, wanita tersebut memulakan kerjaya menyanyi, lapor Harian Metro.

"Dulu, kehidupan saya dan keluarga sangat susah. Saya mula bekerja sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun untuk menyara keluarga.

"Ketika saya masih kecil, ibu bapa saya bercerai dan waktu itu, ibu sedang hamilkan adik saya yang ketiga," katanya dalam sidang media Khamis lalu.

"Jadi, saya dan adik kedua terpaksa membantu ibu mencari duit."

Menurut Kosmo! lagi, Upiak tidak menyangka Tak Tun Tuang membuahkan rezeki besar buat dirinya apabila menular meluas baru-baru ini.

"Saya sama sekali tidak menjangka lagu yang telah dibikin sejak tiga tahun lalu bersama seorang sahabat Ardi Tanjung mampu mencuri perhatian sehingga menjadi tular di beberapa buah negara.

"Saya telah menghasilkan 19 buah album sejak aktif menyanyi ketika berusia 13 tahun dan ini merupakan buah tangan pertama saya yang popular," katanya.

Lagi Video di MMOTV