projekmmoBerita

Umno ‘lawan habis-habisan’, PRU14 ‘bapa segala pilihan raya’

Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama pemimpin kanan Umno di majlis menaikkan bendera Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur 7 Disember 2017. — Foto oleh Miera ZulyanaDatuk Seri Najib Razak (tengah) bersama pemimpin kanan Umno di majlis menaikkan bendera Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur 7 Disember 2017. — Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 7 Dis ― Umno akan “berlawan habis-habisan” dalam “bapa segala pilihan raya” umum yang bakal menjelang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno, beliau mahu jentera parti itu bersiap siaga demi mempertahankan kerajaan BN, lapor Berita Harian.

“Perang kali ini yang bergelar bapa segala pilihan raya, kita akan bertempur, berlawan... lawan habis-habisan!... Allahu akbar! Allahu akbar!” kata presiden Umno.

Tambahnya, obor perang pilihan raya “sudah berjulang tidak sesekali boleh dibiarkan padam”.

“Demamnya pula tidak akan kebah-kebah melainkan selepas kita menang besar dalam PRU-14,” katanya di depan 2,718 perwakilan di Dewan Merdeka pagi ini.

MENYUSUL LAGI

Lagi Video di MMOTV