projekmmoBerita

Umno ibarat ‘anai-anai’, satu hati lawan musuh

Anggota Wanita Umno, dengan tudung merah, mendengar ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, 7 Disember 2017. — Foto Reuters Anggota Wanita Umno, dengan tudung merah, mendengar ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, 7 Disember 2017. — Foto Reuters KUALA LUMPUR, 8 Dis ― Selalunya anai-anai digambar sebagai serangga yang negatif kerana merosakkan rumah atau barangan kita dalam diam-diam.

Namun lain pula seorang perwakilan Umno dari Negeri Sembilan, beliau menggesa ahli bersatu umpama anai-anai, lapor Berita Harian.

“Digeruni kerana mampu menghancurkan musuh yang mahu memusnahkan busutnya, namun anai-anai tidak pernah berperang sesama sendiri,” kata Mustapha Nagoor.

“Walaupun kecil, mereka bergerak sebagai pasukan dan komited dengan tugas serta tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kelangsungan koloni.”

Beliau memberi anologi menarik itu dalam usaha “menjaga kelangsungan parti” ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno.

“Begitulah kita dengan Umno yang disayangi. Seperti mana anai-anai yang setia dan bersatu hati, kita jangan beri peluang kepada lawan,” katanya.

Lagi Video di MMOTV