projekmmoBerita

Ugut bunuh bayi dan isteri, lelaki rebah direnjat polis

Pistol renjatan elektrik (taser) yang digunakan di Britain. Polis Tuaran terpaksa menggunakan alat ini untuk menyelamat seorang wanita kelmarin. — Foto AFPPistol renjatan elektrik (taser) yang digunakan di Britain. Polis Tuaran terpaksa menggunakan alat ini untuk menyelamat seorang wanita kelmarin. — Foto AFPTUARAN, 15 Mac — Polis terpaksa merenjat seorang lelaki berang dan dalam tekanan yang mengugut bunuh isteri dan bayinya, lapan bulan, di rumahnya.

Walau tidak lagi tinggal bersama, lelaki itu yang bermasalah dengan isterinya datang ke rumah tersebut di Kampung Bakut dekat sini lalu merampas bayi, lapor Harian Metro.

“Dia mula mengugut isterinya dan memberitahu mahu menikam serta mencederakan bayi mereka dengan pisau,” kata ketua polis Tuaran. Senjata itu, sepanjang 26 sentimeter, berjaya dirampas.

Suspek, 33, menyerahkan bayi setelah dipujuk tetapi kemudian memeluk isterinya, 30-an, dari belakang dengan  mengacukan pisau ke leher mangsa, kata DSP Abdul Fuad Abdul Malek.

Dalam kejadian jam 10 pagi kelmarin, lelaki itu gagal lagi dipujuk, malah semakin agresif, sehingga memaksa polis menggunakan alat renjatan elektrik, tambahnya.

Bayi dan ibunya tidak mengalami kecederaan, manakala lelaki tersebut ditahan untuk siasatan.

Lagi Video di MMOTV