projekmmoBerita

Tujuh sekolah ditutup akibat banjir, 753 pelajar terjejas

Sekolah Kebangsaan Kuala Bok, Miri  antara lima sekolah yang ditutup sejak Isnin. Hari ini dua lagi ditutup di derah Sebauh, Bintulu. — Foto ihsan Facebook/Malaysian Response TeamSekolah Kebangsaan Kuala Bok, Miri antara lima sekolah yang ditutup sejak Isnin. Hari ini dua lagi ditutup di derah Sebauh, Bintulu. — Foto ihsan Facebook/Malaysian Response TeamMIRI, 17 Jan — Seramai 753 murid sekolah rendah di Sarawak tidak dapat bersekolah berikutan sekolah mereka terpaksa ditutup kerana jalan tidak dapat dilalui akibat banjir.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), jumlah sekolah ditutup meningkat kepada tujuh buah hari ini berbanding lima sekolah semalam.

Dua sekolah yang ditutup hari ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Genaan dan SK Bukit Balai, kedua-duanya di daerah Sebauh, Bintulu.

Banjir di SK Sungai Bong, Tinjar pada 15 Januari 2017. — Foto ihsan Facebook/ Kamek Miak Sarawak Banjir di SK Sungai Bong, Tinjar pada 15 Januari 2017. — Foto ihsan Facebook/ Kamek Miak Sarawak “Lima sekolah masih ditutup sejak Isnin lepas dengan sekolah paling banyak ditutup di Miri melibatkan tiga sekolah iaitu SK Sungai Bong, SK Kuala Bok dan SK Rumah Ranggong, selain SK Kuala Kenyana, Mukah dan SK Nanga Bon di Sibu,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut JPBNS, 16 sekolah rendah iaitu 10 di Miri, lima di Sibu dan sebuah di Bintulu turut terjejas akibat banjir hari ini tetapi masih beroperasi seperti biasa. — Bernama

Lagi Video di MMOTV