projekmmoBerita

Tolak calon PRU kahwin dua, gesa Ibrahim Ali

Datuk Ibrahim Ali menyeru pengundi menolak calon berpoligami dengan alasan mereka sibuk hal peribadi dan tidak mempeduli rakyat. — Foto oleh Choo Choy MayDatuk Ibrahim Ali menyeru pengundi menolak calon berpoligami dengan alasan mereka sibuk hal peribadi dan tidak mempeduli rakyat. — Foto oleh Choo Choy MayPASIR MAS, 11 Ogos — Pengundi wajar menolak calon pilihan raya umum (PRU) yang berpoligami kerana sibuk hal peribadi sendiri, gesa Datuk Ibrahim Ali. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendakwa calon seperti ini tidak memikirkan kepentingan rakyat, lapor Utusan Online

"Bagi saya, soal peribadi calon perlu diambil serius oleh rakyat pada pilihan raya dan bukan hanya melihat kepada lambang atau parti sahaja.

"Nak pilih pemimpin, biarlah mereka yang cakna dan sanggup mengorbankan masa pada rakyat," katanya selepas majlis bersama penduduk di sini hari ini. 

Dalam majlis Perkasa itu di Pengkalan Pasir, Ibrahim yang juga bekas wakil rakyat Pasir Mas menyerahkan sumbangan beras kepada penduduk. 

Lagi Video di MMOTV