projekmmoBerita

Tiga lori bertembung, seorang pemandu parah tersepit

Tiga lori bertembung di Jalan Taib Andak dekat Felda Ulu Tebrau, Kulai, mengakibat seorang pemandu parah.— Foto ihsan Facebook/Adinda Qilla Apm KLTiga lori bertembung di Jalan Taib Andak dekat Felda Ulu Tebrau, Kulai, mengakibat seorang pemandu parah.— Foto ihsan Facebook/Adinda Qilla Apm KLJOHOR BARU, 11 Feb — Pemandu lori SWCorp cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan tiga buah lori di Jalan Taib Andak dekat Felda Ulu Tebrau, Kulai, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, tiga buah lori melibatkan lori SWCorp, lori membawa muatan pasir dan kayu dipercayai bertembung menyebabkan Abdul Rahman Ibrahim, 58, tersepit di tempat duduknya.

Pegawai operasi balai bomba dan penyelamat Bandar Baru Kulai (BBP) Baharuddin Mohd Omar berkata seramai empat orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Pemandu SWCorp cedera parah di kaki manakala tiga yang lain cedera ringan. Kesemua mangsa terlibat dibawa ke Hospital Kulai untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, pihaknya tiba pada 12.30 tengah hari setelah menerima panggilan dari orang awam dan operasi menyelamat mangsa tamat pada 3.38 petang. — Bernama

Lagi Video di MMOTV