projekmmoBerita

‘Tidur’ di jalan raya, pemabuk mati dilanggar kereta

Siasatan awal polis Kota Kinabalu menunjukkan seorang lelaki berbaring di jalan raya akibat mabuk ketika melintasnya sebelum mati dilanggar sebuah kereta. — Paparan skrin Google Siasatan awal polis Kota Kinabalu menunjukkan seorang lelaki berbaring di jalan raya akibat mabuk ketika melintasnya sebelum mati dilanggar sebuah kereta. — Paparan skrin Google KOTA KINABALU, 17 Julai — Seorang lelaki yang mabuk dan “tertidur” di jalan raya mengakibatkannya mati dilanggar sebuah kereta.

Candok Talib, 51, berbaring di jalan raya sebelum dilanggar kereta dari pekan Inanam menuju ke bulatan Inanam, kira-kira 10 malam tadi.

Ketua polis daerah Kota Kinabalu berkata pemandu perempuan berusia 53 tahun tidak menyedari mangsa berbaring di Jalan Pasar Malam, Inanam.

“Mangsa disyaki mabuk ketika melintas lalu terbaring di atas jalan raya,” kata ACP M Chandra.

Doktor dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian.

Pemandu itu tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Lagi Video di MMOTV