projekmmoBerita

Tidak yakin menang, Janna Nick tidak undi diri sendiri

Janna Nick dinobatkan pelakon TV wanita popular ABPBH ke-30 yang berlangsung di PICC pada 14 Mei 2017. — Foto oleh Choo Choy MayJanna Nick dinobatkan pelakon TV wanita popular ABPBH ke-30 yang berlangsung di PICC pada 14 Mei 2017. — Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA, 19 Mei — Diumumkan pelakon TV wanita popular, Janna Nick merasakan satu kejutan kerana tidak berkempen kepada peminat.

Janna, nama popular Nur​​ul Jannah Muner, berkata mengundi diri sendiri juga tidak dilakukan walau Anugerah Bintang Popular (ABPBH) kali ini dibuka kepada pengundi maya.

“Tiada kempen langsung sampai saya sekali pun tidak mengundi diri saya sebab saya rasa tidak mungkin menang.

“Tetapi saya tidak sangka peminat saya bertungkus lumus mengundi walau saya tidak minta sampai saya menang.

“Sokongan mereka menghasilkan kejayaan ini. Saya hargai peminat saya,” katanya kepada media semasa ABPPH di sini pada Ahad.

 

 

Ai tak dan nak buat karangan haritu.. So harini ai nak buat essay sikit... Thanks my backbone my nyawa @janna_nicker As i said "anugerah ni hak saya tapi milik @janna_nicker" Yes it is..ai hargai segala penat lelah sampai keras kematu jari jemari baby2 ai mengundi... Walaupun ai banyak kali kalah tapi baby2 ai tak pernah give up...depa try n try n try.. Semoga Allah balas segala jasa dan kebaikan uols... Ai sayang semua..im blessed.. Thanks jugak @nizam_zamil walaupun baju before ni kontroversi tapi nizam tetap nak buat baju and nak perbetul kesilapan kita yg lepas..u nailed it! My saka kesayangan @sakinah_moonah walaupun ai tak sebut nama dia on stage..tapi ai nak yu tau..yu kaki tangan and hati ai yg ke-2...apa yg ai rasa apa yg ai ada kita kongsi bersama..tanpa cakinah mungkin ai tak sekuat harini...thanks jugak my 2 charlie chaplin brother @wanrezaril @zakwan_yaakub wan,bila aku tengok mata kau merah sb nangis bila aku menang aku rasa ur my truly friend bro..u feel me..semoga apa yg kita ada ni makin bertambah..makin dekat..makin teguh...we're FAMILY...ai percaya KEIKHLASAN adalah kunci untuk kita berjaya.. Also many thanks to semua voters 😘💋💋 #sayangketatsendatpadat @janna_nicker @sephia.my (Aku edit tambah nama @afeeqiqnarcio hahahahhahahahhahhahahhahahhahaha 😂😂 thanks dato sebab menenangkan kenervousan ai masa sebelum announce keputusan and bg gula2 untuk ai kunyah thanks my letop manager dato afeeq)

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Penyanyi “Mungkin Saja” mendapat undian tertinggi menewaskan Ayda Jebat, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Neelofa.

Janna, 22, berkata menang atau tidak sesebuah anugerah, komitmen yang terbaik harus diberikan seorang pelakon untuk terus bertahan dalam arena seni.

“Bukan kerana anugerah saya perlu buat lebih baik tetapi setiap hari kita perlu buat yang terbaik sebab ini sumber rezeki saya.

“Bila saya diberikan sesuatu watak, saya perlu mengambil serius dan buat yang terbaik, bukan kerana anugerah.

“Saya mahu lama dalam industri ini. Tidak hanya berpandukan rupa dan kontroversi,” katanya.

 

 

Alhamdulillah... I never dream of holding this... Thanks semua yang undi.. Thanks semua yang sokong.. Thanks semua yang ada dengan ai.. You know who you are Ramai sangat yang membantu dlm perjalanan ni... Siapa yang pernah hulur tangan... Terima kasih saya ucapkan.. Award ni hak saya.. Tapi milik semua pengundi2.. @janna_nicker I L O V E Y O U ❤️#sayangketatsendatpadat @sephia.my MIMPI INDAH JADI KENYATAAN Makeup : @syedewa Dress : @nizam_zamil Hair do: @lilykhay 📷 @firmanmohtar #abpbh30

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Mengulas mengenai lakonannya dalam filem “Kimchi Untuk Awak”, Janna berkata banyak penambahbaikan yang harus dibuat terhadap lakonannya.

Katanya, jika diberi peluang menjayakan filem pada masa depan, persediaan lebih lama perlu diberikan agar kualiti lebih baik dapat dilihat penonton.

“Bila saya tengok balik, saya rasa saya perlu buat lagi bagus tetapi saya tidak diberi peluang sebab kesuntukan masa.

“Jarang saya bawa antagonis. Saya tidak tahu watak saya memberi kesan sehingga penonton membencinya. Itu satu percubaan baik.

“Lepas lihat muka saya di layar perak, banyak sangat kurang. Kalau nak buat filem, lepas ini saya perlu persediaan,” katanya.

Lagi Video di MMOTV