projekmmoBerita

Tidak saman, Zainal terima bayaran konsert Sukan SEA

Persembahan penutup Sukan SEA dijayakan oleh beberapa artis ternama tetapi ada yang mendakwa bayaran lewat. — Foto BernamaPersembahan penutup Sukan SEA dijayakan oleh beberapa artis ternama tetapi ada yang mendakwa bayaran lewat. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 3 Nov — Penyanyi popular Datuk Zainal Abidin Mohamad tidak jadi mengambil tindakan atas isu bayaran persembahan penutup Sukan SEA.

Dikenali melalui kumpulan Headwind dan album "Hijau" sejak 1980-an, beliau sudah menerima baki bayaran tersebut, kata peguamnya.

Mathew Thomas Philip, yang mewakili Zainal, diarah menfail tindakan saman hari ini tetapi ia tidak diteruskan kerana bayaran sudah selesai.

Tambahnya, tindakan itu diambil atas "dasar prinsip", bukannya kerana wang, bagi mendesak bayaran dilunas kepada semua artis terlibat.

Isteri penyanyi itu dan pengurusnya Angelina Asmawi sebelum ini berkata Zainal dijanjikan bayaran penuh seminggu selepas persembahannya, Ogos lalu.

Persembahan pada malam 30 Ogos lalu dijayakan antaranya oleh Ella, David Arumugam, Amy Search, Datuk Sheila Majid dan Jaclyn Victor.

Awal minggu ini, Jaclyn mendakwa menerima 50 peratus bayaran daripada Memories Entertainment, syarikat yang menguruskan acara tersebut.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Lagi Video di MMOTV