projekmmoBerita

Tidak lagi serasi, Serina Chef Wan dicerai talak satu

Serina Redzuawan berasa lega walau sedih selepas bercerai dan mahu fokus kepada kebajikan anak. — Foto ihsan Instagram/Serina RedzuawanSerina Redzuawan berasa lega walau sedih selepas bercerai dan mahu fokus kepada kebajikan anak. — Foto ihsan Instagram/Serina RedzuawanPETALING JAYA, 1 Ogos ― Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan sah bercerai dengan suaminya, Salahuddin Ghaffar.

Talak satu dilafazkan oleh Salahuddin pada jam 10.49 pagi di Mahkamah Rendah Syariah di sini, lapor Berita Harian.

Serina, 34 memfailkan permohonan cerai pada 6 Disember 2016.

Salahuddin, 40 atau nama asal Gavin Edward O’luanaigh turut menarik semula permohonan nusyuz yang difailkannya.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberi hak jagaan kekal dua anak mereka kepada Salahudin berdasarkan beberapa syarat dan terma yang dipersetujui bersama.

Mereka bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua anak, Tristan Tareef, 6, dan Isabella Saffiya, 5.

Lagi Video di MMOTV