projekmmoBerita

Tidak jawab soalan peribadi, pelajar tahfiz ditumbuk warden

Bapa pelajar tahfiz membuat laporan polis selepas anaknya dirotan dan ditumbuk warden asrama. ― Foto Facebook/Balai Polis Seksyen 9 Shah AlamBapa pelajar tahfiz membuat laporan polis selepas anaknya dirotan dan ditumbuk warden asrama. ― Foto Facebook/Balai Polis Seksyen 9 Shah AlamKUALA LUMPUR, 17 Mei — Seorang pelajar sekolah tahfiz cedera pada tulang rusuk dan lengan akibat dipukul oleh seorang warden asrama.

Kejadian berlaku ketika pelajar tingkatan satu itu dipanggil warden jam 5 petang pada 10 Mei lalu, lapor Harian Metro.

Mangsa yang baru seminggu berpindah ke sekolah di Shah Alam itu, mendakwa dituduh dan ditanya hal peribadi.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut bentuk tuduhan mahupun soalan peribadi.

Mangsa kemudian dirotan dan ditumbuk pada tulang rusuk hingga bengkak sebelum memaklumkan bapanya.

Selepas mendapatkan rawatan, laporan dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam keesokannya.

Bapa mangsa yang enggan mendedahkan identiti, mendakwa anaknya pernah dirotan oleh individu sama kerana didakwa lewat ke kelas.

“Anak saya kini trauma untuk ke sekolah dan masih lemah. Dia masih berasa sakit pada badannya,” katanya.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Lagi Video di MMOTV