projekmmoBerita

Tian Chua masuk penjara kes ceroboh Pulapol

Tian Chua, naib presiden PKR dan wakil rakyat Batu, dihukum penjara selama sebulan dan denda RM1,000. — Foto oleh KE OoiTian Chua, naib presiden PKR dan wakil rakyat Batu, dihukum penjara selama sebulan dan denda RM1,000. — Foto oleh KE OoiKUALA LUMPUR, 29 Sept ― Naib presiden PKR Tian Chua akan menjalani hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan mencoroboh Pulapol pada 2012.

Beliau menarik balik rayuannya hari ini terhadap hukuman tersebut dan denda RM1,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Januari 2014.

Namun, dalam ucapannya di dalam mahkamah, Chua menegaskan menerima hukuman tersebut tidak bermakna beliau mengaku bersalah, lapor Malaysiakini.

Beliau didakwa bawah Seksyen 4 (2) Akta Kawasan dan Tempat Larangan setelah enggan meninggalkan pusat latihan polis itu di sini selepas dibebaskan.

Chua, ahli parlimen Batu, sebelum ditahan di situ kerana terlibat dalam demonstrasi Bersih 3 pada 28 April tahun itu dan dibebaskan keesokannya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV