projekmmoBerita

Tiada tauliah, dua bekas peserta Pencetus Ummah ditahan Jais

Dua bekas peserta Pencetus Ummah ditahan oleh penguatkuasa Jais di Masjid Cahaya Iman dekat Rawang ketika forum Sabtu lalu. — Paparan skrin GoogleDua bekas peserta Pencetus Ummah ditahan oleh penguatkuasa Jais di Masjid Cahaya Iman dekat Rawang ketika forum Sabtu lalu. — Paparan skrin GoogleSHAH ALAM, 16 Mei — Dua bekas peserta program realiti TV Pencetus Ummah antara tiga yang ditahan kerana memberi kuliah tanpa tauliah kelmarin.

Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Masjid Cahaya Iman dekat Rawang pada jam 9.50 malam, lapor Harian Metro.

“Ketiga-tiga penceramah bebas itu ditahan dalam satu forum dianjurkan masjid berkenaan.

“Mereka dibawa ke pejabat agama Islam daerah Kuang untuk dirakam percakapan dan soal siasat,” kata pengarah Jais Datuk Haris Kasim.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 (pindaan 2015).

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM3,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Operasi mengesan pengajar tanpa tauliah yang dijalankan Jais mulai 13 Mei lalu di seluruh Selangor akan diteruskan, kata Haris lagi.  

Lagi Video di MMOTV