projekmmoBerita

Tiada arahan ‘atasan’ larang Mahathir lawat Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad melampai tangan ketika mahu meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras di Kuala Lumpur yang menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 10 Januari 2018. — Foto Reuters Tun Dr Mahathir Mohamad melampai tangan ketika mahu meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras di Kuala Lumpur yang menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 10 Januari 2018. — Foto Reuters PUTRAJAYA, 11 Jan — Tiada arahan pihak atasan yang melarang Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata pengarah Jabatan Penjara.

Datuk Seri Zulkifli Omar berkata pengerusi Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebaliknya tidak membuat permohonan rasmi untuk melawat. 

Anwar, ketua umum Pakatan Harapan dan bekas timbalannya, dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras selepas pembedahan bahu November lalu.

“Perlu ada permohonan khas dan kami juga perlu melihat sama ada ia perlu.

“Kami juga perlu melihat pandangan sama ada lawatan itu boleh membawa kesan buruk kepada banduan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang hadir, ketika ditanya, enggan masuk campur dengan isu tersebut.

Baca seterusnya di Malay Mail.

Lagi Video di MMOTV